Apr
30
2010

Ganti Perkara Negatif Dalam Hidup Dengan Perkara Positif

Salam sejahtera,

Jika anda ingin memajukan hidup anda terus kehadapan maka anda perlu menukar perkara negatif yang ada didalam diri anda kepada perkara positif. Sebahagian dari kita menyedari akan banyaknya pengaruh negatif yang berada disekeliling hidup kita ini.  Banyak pengaruh-pengaruh negatif ini datang dari orang lain, media massa dan yang paling banyak sekali adalah diri kita sendiri.

Langkah pertama dalam menggantikan perkara-perkara negatif yang ada dalam hidup anda adalah dengan membuat satu keputusan untuk mencari mesej negatif dan menggantikannya dengan mesej yang positif. Dengan ini anda akan lebih fokus untuk menjadi positif. Anda perlu segera mengurangkan jumlah berita yang anda bawa masuk kedalam diri anda. Ini kerana ramai orang yang memulakan hari mereka dengan sesuatu berita sama ada di televisyen ataupun surat khabar.

Apr
28
2010

Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

Salam sahabat semua,

Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.

Apr
27
2010

Baca Al-Quran Secara Online

Assalamualaikum,

Membaca Al-Quran adalah perkara yang wajib bagi setiap orang muslim. Tidak kiralah dimana sahaja anda berada membaca Al-Quran tidak boleh ditinggalkan dalam kehidupan seharian. Walau hanya sekadar membaca surah-surah pendek sudah mencukupi sebagai kewajipan seorang muslim membaca al-Quran.

Oh ya, disini saya ingin berkongsi satu laman web yang anda boleh membaca al-Quran secara online. Disamping anda melayari internet tu boleh la juga baca al-Quran secara online ni. Anda boleh klik laman web dibawah ni untuk membaca al-Quran secara online.

Apr
26
2010

Teknik Mudah Berhenti Merokok

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat sedikit review mengenai sebuah ebook motivasi kesihatan bertajuk “Teknik Mudah Berhenti Merokok Dalam Seminggu”. Didalam ebook ini anda akan diterangkan secara mudah dan ringkas mengenai rokok dan kesan merokok kepada anda, bagaimana anda boleh menangani keinginan anda untuk berhenti merokok serta beberapa teknik mudah yang anda boleh lakukan untuk berhenti dari merokok.

Ebook ini ditulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok. Ya! Bebas dari ketagih rokok. Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunseling bebas rokok dan beberapa buah organisasi lain.

Apr
24
2010

Tidur Sekejap Waktu Tengah Hari

Salam sahabat semua,

Adakah anda semua cukup tidur hari ini? kalau cukup baguslah. Kalau tak cukup tu kena la pandai bahagi masa supaya anda cukup tidur ye.. Tidur malam yang cukup adalah penting bagi menjamin kesihatan yang sihat dan nampak lebih segar pada keesokan harinya. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, anda dapat mengawal perasaan anda dengan baik dan pada masa yang sama juga anda dapat menjaga kesihatan serta kecantikan diri anda.