Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum.
Setiap hari syaitan tidak pernah berhenti dari menggoda diri seorang yang bergelar anak adam untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Sesiapa yang tidak melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, maka teman rapatnya adalah bersama syaitan. Syaitan itulah yang telah menghalang mereka dari melakukan kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. Dalam diri seorang manusia ada beberapa pintu keburukan yang boleh menyebabkan syaitan mudah masuk kedalam dirinya.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Umum. Penulis: Nik Thoha
Salam sejahtera. Pada 25 dan 26 julai 2010 telah diadakan Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010. Majlis ini diadakan dalam 3 sesi iaitu pada 25 Julai 2010 (Sesi Pagi dan Sesi Petang) dan pada 26 Julai 2010 (Sesi Pagi). Pada majlis konvokesyen inilah para graduan akan menerima anugerah selepas menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Sempena majlis konvokesyen tersebut, telah diadakan juga pesta konvokesyen UMT 2010 bagi memeriahkan lagi suasana majlis konvokesyen yang diadakan.
Jadi, saya pun sempat juga berkunjung ke pesta konvokesyen yang diadakan. Dapat juga meluangkan masa yang terluang untuk berjalan-jalan di pesta konvokesyen tersebut.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Salam Sejahtera. Seorang yang bernama lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar kepada dirinya sendiri dan juga orang yang berada disekelilingnya. Begitulah juga banyaknya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki berbanding seorang wanita. Wanita juga mempunyai tanggungjawab yang berat dalam hidup mereka. Cuma dalam entri ini saya lebih menerangkan mengenai lelaki. Kalau ada masa akan buat entri mengenai wanita pulak.
Seorang lelaki bujang akan menanggung dosanya sendiri apabila dia sudah baligh manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya. Dosa seorang lelaki yang telah baligh tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi seperti semasa mereka masih belum baligh.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...

Salam sejahtera.
Sekarang ni dah masuk minggu kedua pengajian di universiti untuk semester ketiga. Dah start semester baru ni rasa macam agak sibuk sikit tapi masih dalam keadaan yang terkawal lagi. Post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kursus-kursus yang saya ambil untuk pengajian semester baru ni. Ini hanyalah sekadar perkongsian mengenai kursus yang saya sedang belajar sekarang ni. Antara kursus-kursus yang saya ambil semester ini:
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum. Diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai tiga perkara yang mesti kita jauhi dalam kehidupan kita seharian. Semoga ianya tidak berada dalam diri kita.
Dalam hidup ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai seorang hamba yang taat kepada tuhannya ujian yang diterima hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Ini kerana setiap orang akan diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup mereka.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...