Kategori Artikel:
Umum. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum. Semasa saya sedang menulis entri kita sudah pun memasuki fasa 10 terakhir bulan Ramadhan. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan ganjaran malam al-Qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam ini segala amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Bertuahlah bagi sesiapa yang melakukan amal ibadat pada malam itu.
Hari ini juga adalah hari yang terakhir saya akan berpuasa di tempat orang. Ini kerana pada hari esoknya iaitu 31 haribulan ogos 2010 saya sudah pun pulang bercuti di kampung. Dah lama tak balik kampung ni. Tak sabar jugak rasanya nak balik rumah sebab rindu untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan berbuka puasa bersama-sama dengan mereka.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
http://www.youtube.com/watch?v=AHj4agxrsPU
Assalamualaikum. Di bulan Ramadhan yang mulia ini kita adalah dilarang dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala ibadat puasa. Banyak perkara sia-sia yang boleh mengurangkan pahala ibadat puasa kita. Antara perkara-perkara sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa seseorang adalah dengan suka mengumpat.
Perbuatan suka mengumpat akan ada dalam diri seseorang. Setiap masa mesti ada saja benda yang ingin dikatakan mengenai orang lain. Kadang-kadang ianya sangat bahaya kerana ia boleh menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibuang dalam diri apabila sudah biasa melakukannya. Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab mengapa seseorang itu suka mengumpat iaitu: klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Umum. Penulis: Nik Thoha
Salam sejahtera. Berbuka puasa adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Tapi janganlah semasa berbuka kita mengambil makanan yang banyak hingga terlalu kenyang. Ramai orang yang berbuka puasa dengan begitu banyak sekali hidangan makanan untuk dimakan. Alasannya kerana berpuasa pada siang harinya. Jadi pada malam harinya semasa berbuka mereka makan dengan terlalu banyak hingga terlalu kenyang.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum. Menunaikan sembahyang 5 waktu adalah wajib bagi setiap orang islam. Jika meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Salah satu syarat untuk sah sembahyang adalah dengan mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna ia akan dapat membantu kita untuk lebih khusyuk dalam sembahyang.
Di sini saya ingin berkongsi tentang wudhuk sebelum solat yang kita lakukan setiap hari dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat semua. Semasa berwudhuk ada doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mendapat wudhuk yang sempurna dan membersihkan hati kita supaya berada lebih dekat dengan Allah.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum.
Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak limpahanan rahmat di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...