Sep
12
2010

Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada sahabat semua. Hari Raya Aidilfitri sudah pun beberapa hari berlalu nampaknya, namun begitu bahang suasana sambutan  hari raya masih lagi dapat dirasai. Ini kerana masih ramai orang yang sedang membuat rumah-rumah terbuka sambutan hari raya ni. Ada sesetengah tempat sampai sebulan syawal pun masih ada lagi rumah terbuka hari raya ni. Memang begitu meriah sekali.

Kalau cakap pasal suasana rumah terbuka ni mesti terfikirkan tentang pelbagai jenis juadah makanan yang terhidang. Ada pelbagai jenis makanan tradisi dan moden bagi memberikan pilihan kepada tetamu yang datang ke rumah terbuka yang diadakan. Memang banyaklah pilihan juadah makanan yang disediakan kalau tidak takkan nak buat rumah terbuka kan.

Sep
06
2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. Tidak lama lagi akan tibalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam diseluruh dunia. Ianya adalah hari perayaan utama bagi umat islam iaitu perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal  tahun Hijrah setiap tahun. Hari Raya Aidilfitri juga kadang-kadang dipanggil dengan nama Hari Raya Puasa dan juga Hari Lebaran.

Hari Raya Aidilfitri adalah disambut oleh semua umat islam diseluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun. Hari Raya Aidilfitri disambut kerana kejayaan kita umat islam setelah sebulan berpuasa menundukkan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan penuh syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita.

Sep
04
2010

Elakkan Kemalangan Di Jalan Raya

Salam sejahtera. Menjelang tibanya musim perayaan hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi mereka-mereka yang tinggal, belajar dan bekerja di perantauan akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Maka jalan raya akan dipenuhi dengan banyak kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa yang menyedihkan apabila tibanya musim perayaan akan terjadinya banyak kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa. Statistik setiap tahun menunjukkan setiap kali tiba musim menyambut hari raya banyak kes kemalangan jalan raya telah berlaku. Hari raya yang sepatutnya menjadi hari untuk bergembira bersama keluarga tersayang telah bertukar menjadi hari yang menyedihkan.

Sep
03
2010

Lima Jenis Racun Dan Penawarnya

Assalamualaikum. Hari jumaat adalah hari paling mulia di antara hari-hari yang lain. Bulan Ramadhan pula adalah bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan yang lain. Dan pada hari ini kita sedang berada pada hari jumaat dan pada bulan Ramadhan. Alangkah indahnya hari ini kan? Banyak keberkatan dan kemuliaan yang ada pada hari yang begitu mulia ini.

Artikel ini adalah sebagai tazkirah untuk hari jumaat yang begitu mulia ini. Dalam hidup kita ini ada 5 jenis racun yang boleh merosakkan kehidupan manusia di dunia dan juga hari akhirat. 5 jenis racun ini perlu di ubati dengan 5  jenis penawar juga. Sama-samalah kita mengubati 5 racun yang ada dalam diri kita yang bernama manusia.