Jul
31
2011

Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa

Assalamualaikum.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib).

Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Jul
23
2011

Komuniti LayarSukses.com Di Facebook

Salam sejahtera.

Laman web sosial facebook telah menjadi pilihan bagi pihak LayarSukses.com untuk membina komuniti dan berinteraksi dengan rakan-rakan di facebook. Facebook sememangnya mempunyai banyak kelebihannya jika ia dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Jadi pihak LayarSukses.com ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput pembaca-pembaca blog ini yang mempunyai akaun facebook bolehlah menyertai komuniti kami di facebook. Semoga kita semua beroleh manfaat untuk kebaikan bersama.

Jul
19
2011

Bidang Sains Komputer Satu Peluang Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuba bayangkan sekejap jika dunia hari ini  tanpa ‘komputer’. Tidak akan ada PC atau laptop, tidak ada komunikasi yang menggunakan laman web yang memerlukan talian internet, tidak boleh melihat gambar di internet dan sebagainya. Malah tidak akan ada telefon bimbit atau kamera digital, kerana kedua-dua ini juga adalah satu sistem komputer. Wah, tidak dapat dibayangkan  bagaimana agaknya jika keadaan sekeliling kita tanpa komputer yang sememangnya menjadi teman dalam hidup kita setiap hari.

Setiap hari teknologi komputer semakin terus berkembang pesat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang teknologi maklumat(IT) atau sains komputer adalah satu bidang yang memfokuskan kepada pelbagai aspek kejuruteraan komputer, sama ada membina sistem komputer baru, mereka bentuk laman web, membaiki sistem komputer, membangunkan satu program baru atau perisian terkini yang boleh digunakan dalam komputer. Memang terlalu luas bidang ini jika hendak diceritakan semuanya.

Jul
16
2011

Cara Meraih Kepercayaan Orang Lain

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini kita sememangnya tidak boleh hidup bersendirian sahaja. Kita hidup saling bergantungan dengan orang lain. Banyak perkara yang kita lakukan memerlukan pertolongan orang lain juga. Jadi adalah penting untuk kita percaya kepada orang yang kita ingin meminta pertolongan itu. Begitu juga sebaliknya kita perlu membuat orang lain selesa dan percaya kepada diri kita. Bukan senang hendak mendapatkan kepercayaan orang lain kepada diri kita.

Kepercayaan orang lain terhadap anda akan datang dengan sendiri jika anda berusaha untuk mendapatkannya. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan supaya mendapat kepercayaan dari orang lain. Orang lain akan menilai anda terlebih dahulu, kemudian mengenali sikap anda, selepas itu barulah mereka akan percaya kepada diri anda. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi jika orang lain mempercayai diri anda.

Jul
09
2011

Cara Mengatasi Masalah Tidur

Salam sejahtera.

Tidur adalah satu keperluan penting dalam diri manusia. Boleh baca artikel terdahulu yang bertajuk “Penting Tidur Yang Mencukupi”. Masalah sukar untuk tidur pula atau pun biasanya dipanggil ‘insomnia’ adalah masalah yang mungkin dialami oleh sesiapa sahaja yang bernama manusia. Masalah sukar untuk tidur ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor dalam diri seseorang itu sendiri.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.