Aug
28
2011

Salam AidilFitri 1432 Hijrah

Assalamualaikum.

Setelah sebulan Ramadhan kita menjalani ibadah puasa, kini tiba pula syawal untuk kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali sahaja. Ianya hari untuk kita bergembira bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Ambil peluang semasa hari raya ini untuk bertemu dengan sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Setahun sekali dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Hari raya adalah hari untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Suasana kunjung mengunjung sudah menjadi budaya kita.

Aug
26
2011

Bersederhana Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum.

Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Semua umat islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan. Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali saja. Kemeriahan semasa hari raya tidak akan dirasai pada hari-hari lain. Di hari raya kita dapat berkumpul bersama ahli keluarga, menziarahi sanak saudara, menghadiri rumah terbuka dan banyak lagi. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan saudara kita yang lain.

Pelbagai persiapan dilakukan menjelang hari raya. Ada yang sibuk membeli belah, ada yang membersihkan rumah, membuat kuih raya, melakukan perjalanan balik kampung dan sebagainya. Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan bersederhana dan penuh kesyukuran kerana kita berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan dibulan Ramadhan.

Aug
25
2011

Pesanan Untuk Pemain Mercun

Assalamualaikum.

Setiap kali tibanya musim perayaan, bunyi mercun akan kedengaran di mana-mana  tempat. Seolah-olah bunyi mercun menjadi satu budaya bila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang tinggal dikampung ia mungkin dah jadi perkara biasa dengan bunyi mercun ni. Bermain mercun tidak salah selagi ia tidak membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak cerita pasal pengalaman main mercun, saya sendiri pernah bermain mercun masa zaman budak-budak dulu. Tapi sekadar main untuk seronok-seronok je masa zaman budak-budak dulu. Saya main mercun yang kecik-kecik je bunyi pun tak kuat. Sekarang sudah besar dah tak main dah benda-benda mercun ni. Main mercun ni tak ada faedah sebenarnya. Lagipun main mercun ni boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.

Aug
23
2011

Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Assalamualaikum.

Pengalaman berpuasa juga adalah satu pengalaman yang indah dalam hidup ni. Setiap orang akan mempunyai pengalaman masing-masing semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini. Pengalaman bagi setiap orang juga sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Kehidupan saya sekarang adalah sebagai seorang remaja yang masih lagi sedang belajar. Cuma sekarang saya sedang menikmati cuti panjang di kampung. Bila dah lepas hari raya nanti akan mula masuk belajar balik.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan rakan-rakan di kampus tapi tahun ni tidak lagi kerana bulan puasa tahun ni jatuh pada musim bercuti.

Aug
22
2011

Tips Elakkan Mengantuk Semasa Memandu

Assalamualaikum.

Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi. Ramai yang tinggal diperantauan akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi anda yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, rancanglah perjalanan pulang dengan sebaiknya bagi menjaga keselamatan diri anda dan orang tersayang. Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama dengan keluarga tersayang.

Kita perlu mengelakkan kemalangan jalan raya dengan melihat punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh pemandu yang mengantuk dan tertidur semasa memandu. Apabila mengantuk mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa  memandu. Mengantuk semasa memandu tidak boleh dipandang remeh walaupun ianya memang sifat semulajadi manusia yang akan rasa mengantuk.