About
PENGENALAN
Laman blog yang diberi nama Layar Sukses ni diwujudkan bertujuan untuk memberikan motivasi kepada tuan empunya blog ini sendiri dan berkongsi dengan pembaca. Disamping itu, blog ini juga banyak berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi dengan pembaca. Semoga dengan wujudnya blog ini ia dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang lain
.
PENULIS
Siapa saya?
Nama penulis blog ini telah diberi Thoha atau nama komersial Thoha Sukses di facebook. Saya masih lagi menuntut di sebuah IPTA tempatan dalam bidang sarjana muda (degree) IT. Disebabkan oleh itu saya menjadikan komputer/laptop sebagai kekasih hati saya dan saya menulis blog ini sebagai aktiviti sepenuh masa kerana saya sering bermain dihadapan komputer setiap hari. Saya menulis blog ini sebagai satu ruang perkongsian ilmiah dengan semua pembaca blog ini. Diharapkan segala perkongsian yang ada dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca sekalian
.
Apa ada pada nama, apa ada pada rupa, hanya diri ini yang hina mencari bekalan ilmu di bumi Allah ini. Kalau mahu bersahabat saya tidak pandang pada rupa tidak juga memandang pada nama. Walau siapa pun anda, sehebat mana pun anda, anda hanya insan biasa di bumi Allah ini. Begitu juga dengan saya, saya hanyalah insan biasa yang hidup sebagai manusia yang kerdil di dunia ini. Kita semuanya sama hidup di dunia mencari sebanyak mungkin bekalan menuju kehidupan kekal abadi di akhirat.
Boleh jumpa saya di facebook
Kalau nak kenal lebih lanjut boleh berkenalan dan jadi friend saya di facebook. Klik kat bawah ni untuk masuk profile page facebook saya.




