Jul
05
2010

Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online

Salam sejahtera

Sedar tidak sedar masa tiga bulan begitu cepat berlalu. Cuti semester saya hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dihabiskan. Minggu depan saya terpaksa kembali untuk menyambung pengajian untuk tahun yang kedua(degree) di universiti. Cuti ni saya banyak masa free untuk berehat. Masa berehat ni biasanya saya gunakan untuk online. Bila dah balik universiti nanti dah kuranglah online jawabnya mesti buzy sikit. Setiap kali online ada beberapa aktiviti yang saya wajib buat ataupun buka di internet.

1. Menulis blog

Inilah yang saya buat sebagai seorang blogger. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update post sekali sehari walaupun tidak dapat melakukannya setiap hari. Biasanya saya akan update post bila saya ada masa free untuk menulis blog ni. Walaupun cuti tapi kadang-kadang saya buzy jugak banyak benda nak buat. Disamping tu saya juga akan buat blogwalking dan komen kat blog kawan-kawan blogger. Inilah aktiviti blogger saya setiap hari sepanjang cuti ni.

2. Membaca email

Saya menggunakan kedua-dua email yahoo mail dan gmail. Setiap kali online saya akan buka email untuk membaca email-email yang baru masuk. Email yahoo saya tak buka pun sebab saya guna email yahoo untuk daftar facebook, friendster, twitter dan yahoo messenger. Jadi email yahoo saya akan selalu penuh dengan berita notification dari facebook dan laman web sosial yang lain. Saya pun malas la nak buka email yahoo ni. Tapi saya selalu buka email gmail untuk membaca email-email terbaru yang saya terima. Ini kerana saya subscribe email gmail saya dengan beberapa internet marketer tempatan untuk menerima newsletter dari mereka. Hari-hari dapat tips-tips percuma dari mereka.

3. Bersosial di facebook

Ini juga salah satu laman web yang wajib saya buka setiap hari. Kalau tak buka sehari seperti tak sah nampaknya facebook ni. Mesti nak kena buka jugak walaupun sekejap. Begitulah hebatnya penangan kuasa facebook sekarang ni. Disamping lepak kat blog saya lepak kat facebook la. Selalu gak dok chatting, komen-komen dengan rakan-rakan facebook. Update status-status yang terkini di facebook. Kadang-kadang kelakar jugak baca status rakan-rakan facebook yang bermacam-macam jenis ni. Tu yang jadi ralit sangat dengan facebook tu. Mesti ramai juga antara anda yang juga macam saya kan..hehe

4. Berforum di wangcyber

Wangcyber adalah antara forum yang sangat popular dikalangan usahawan online atau internet. Saya pun kadang-kadang akan lepak kat sana untuk berforum. Di dalam forum ni saya boleh memberi pendapat dan mendengar pendapat dari bermacam-macam orang mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Di forum ini juga saya dapat belajar banyak perkara-perkara yang baru. Disamping dapat menerima tips-tips dari beberapa ahli forum wangcyber yang lain. Forum wangcyber tersimpan banyak ilmu yang dapat anda dipelajari terutamanya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan internet. Kuasa forum juga amat berkesan untuk melakukan pemasaran perniagaan.

Itulah antara aktiviti yang saya wajib buat setiap hari bila saya online. Yang lain saya jarang sangat buat. Saya dah lama kot tak main game kat laptop buruk saya ni. Walaupun selalu online ni nampak macam membuang masa tapi banyak juga faedahnya jika ia pandai digunakan secara bijak untuk mencari ilmu yang banyak di internet ni. Semuanya bergantung kepada individu itu bagaimana dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

P/s: Aktiviti online saya ni mungkin akan berubah apabila saya balik universiti nanti. Tengok ajela camne..hehe :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

46 Responses to “Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online”

  1. puteri says:

    yang tiga itu dari no. 1-3, aktiviti kita sama :)

    yang ke-4 itu, tidak. he.eh

    yang lain..

    erm..

    4- buat proposal, cari bahan untuk thesis (kajian ilmiah)

    =)

    p/s:
    saya pun dah tak lama akan kembali kuliah.
    Minggu ini minggu terakhir bercuti..
    hu..

  2. azizan4444 says:

    semua ni antara bnda yg wjib bkk bila on9..tmbah 2 lg..game on9 dan news pasal bola..tu wajib tu..hehehe
    azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema

  3. zik says:

    lama tak pergi WC forum tuh..hehe.. yang lain tuh bisa selalu sih..
    zik recently posted..Kelebihan menjadi MuazzinBilal

  4. Masdin says:

    Nomor 3 jarang kulakukan dan nomor 4 tak penah :)

    Mungkin ada kecenderungan tertentu yah di letak geografis masing-masing :)
    Masdin recently posted..Mempopulerkan Padanan Kata Copy-Paste- Online- Blogger- -amp Lainnya

  5. Eyl says:

    Facebook jangan cakap la bro,mmg kena bukak tiap2 hari.adoi,addictive giler facebook ni.
    Eyl recently posted..elfyfcom is going to be rebirth

  6. adah says:

    banyaknya aktiviti die..hehe…

    bile masuk belajo, confirm terhad kan nk beronline…

    thanks komen adah…;)

  7. kalau saya pasti buka e-mail terlebih dahulu..terus baru mulai cari inspirasi buat posting
    hendro-prayitno recently posted..apakah ini css3 dan html5 sekedar iseng doang

  8. pawaka19 says:

    wangsiber? emm best ke? kalau best sy ingin cuba

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    “Manuskrip Adoft Hitler Sewaktu di Penjara , Di lelong”

  9. atie says:

    ramai yg akan wat bende yg sama bile on9… tp kalo ngah bz jgnla on9. nati leka n keje trus x siap… mueheheheh

  10. miswar says:

    salam kenal…. hehehe gag ada aktifitas lain yah… xixixix atau ada yang disembunyikan juga…. piss

  11. fiezaradzi says:

    yg no 4 tu je jarang buat.. yg lain tu, sikit2 la.. blog ptg la kan.. hehee.. masing2 de gaya tersendiri utk online di internet kan..

    yg pasti bila de masa saje dapat buat bende2 tersenarai.. sbb dah keje, so, keje kena siap dulu..
    fiezaradzi recently posted..Setelah 2 Tahun Berlalu

  12. kulanz says:

    Hampir sama juga kita bro.. semua tu aku buat juga, kecuali yg keempat tu.. tak pernah lepak sana..
    kulanz recently posted..Expo Dunia Shanghai- Astaka Pavilion Malaysia Kurang Sambutan

  13. puteri says:

    thoha juga.
    balajar rjin2 ye ‘dik’
    (sbb kite da nk msuk thun 4..hi3..)

  14. suri says:

    alahai..pasti den akan rindu kt post hang nnti huhu..

  15. lazaac says:

    dulu slalu jgak lepak kat WC, tapi skrg dah tak da…
    lazaac recently posted..Response cached until Mon 5 @ 12:25 GMT (Refreshes in 12 Minutes)

  16. Nine says:

    layan blog n berforum mmg menarik untuk aktiviti on9.sambil kita membaca leh juga tambah ilmu pengetahuan..forum pun best, boleh tukar2 pendapat dan juga boleh kita bertanya.. (healthy conversations):)

  17. ain fathihah says:

    blogger tegar ketagih dengan blog. sehari tak tengok blog, rasa nak demam kura. hehe
    ain fathihah recently posted..Hello- mau top up tulis nombor sini ya

  18. rosyzatie says:

    aktiviti 1-3 tu biasa buat jgk, yg ke-4 tak pernah.. klu masuk forum mana2 pun pun jd silent reader je..hekehek.. blk U nnt alamatnye berhabuk la blog sy..=p
    rosyzatie recently posted..Memulai hidup baru

  19. mummynana says:

    betul3 semua di atas kecuali nombor 4. hehe. kalu no 4 replace jadi twitter/forum ibu/bacaan online (magazine ke paper) gtu lah. kalau FREE online lah. anak-anak kacau semua tak dapek den nk buek lah! ;)
    mummynana recently posted..Kisah Spek Mata

  20. No 1 – lebih kure sama, tp saya menulis sambil membaca blog org lain.

    No.2 – X sama, x baca email, cuma cek email je..

    No.3 – Yang ni mesti masuk, paling2 kurang 2 hari sekali…
    aktechpage.com recently posted..Menuju Kemuncak Demam World Cup 2010

  21. Eh silap…

    No. 3 – Facebook sama lah kite..

    No. 4 – Yang ni mesti masuk, paling2 kurang 2 hari sekali…
    aktechpage.com recently posted..Menuju Kemuncak Demam World Cup 2010

  22. Azuan says:

    Emm, lebih kurang sama juga dengan apa yg aku buat.. hehe
    Azuan recently posted..Dapat Balik PR5 – Google Pagerank Sedang Update ke

Leave a Reply


CommentLuv badge