Amalan Doa Dalam Wudhuk
Assalamualaikum. Menunaikan sembahyang 5 waktu adalah wajib bagi setiap orang islam. Jika meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Salah satu syarat untuk sah sembahyang adalah dengan mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna ia akan dapat membantu kita untuk lebih khusyuk dalam sembahyang.
Di sini saya ingin berkongsi tentang wudhuk sebelum solat yang kita lakukan setiap hari dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat semua. Semasa berwudhuk ada doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mendapat wudhuk yang sempurna dan membersihkan hati kita supaya berada lebih dekat dengan Allah.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
Penjelasan: Ini kerana kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah tanpa kita sedari apa yang keluar dari mulut kita sama ada baik atau buruk.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. Semoga kita ditempatkan di dalam syurga Allah di akhirat kelak.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan kerana amalan baik yang dilakukan semasa hidup di dunia.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini.”
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan semasa hidup di dunia.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu.”
Penjelasan: Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala. Panas dunia pun kita tidak mampu bertahan. Inikan pula panasnya Padang Mahsyar. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.”
Penjelasan: Hari-hari kita mungkin mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Telinga manusia juga banyak mendengar perkara-perkara yang melalaikan.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.”
Penjelasan: Ahli syurga melintasi itian Siratul Mustaqqim dengan begitu pantas sekali. Semoga Allah mempermudahkannya bagi kita.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan: Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah. Semoga kita akan dibantu oleh Allah semasa melakukan amalan kebaikan dan dilindungi oleh Allah dari melakukan kemaksiatan.
Diharapkan di bulan Ramadhan yang mulia ini akan menguatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. InsyaAllah dengan amalan doa semasa berwudhuk ini akan dapat memberi khusyuk semasa kita melakukan sembahyang 5 waktu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama.





tak pernah terfikir niat sebegini..terima kasih berkongsi
pawaka19 recently posted..Lawak Antara Benua Oleh Kartunis Lambok
sama2 kita berkongsi..:)
saya pun seperti pawaka…
terima kasih
klcitizen recently posted..mana satu
ok sama2 juga..
ooo..terima kasih atas perkongsian
sama2 sekadar berkongsi dalam blog yang tak seberapa ni…
Salam. bagusnya ilmu yang di beri hari ni.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Semoga tambah pahala puasa.
zezebel recently posted..I have no choice
InsyaAllah..sama2 la kita..
tersa begtu kerdilnya diriku ini..
harus ni mantapkan lagi ilmuku di dada huhu..
kita semua adalah insan yang kerdil di dunia ni..
banyak lagi ilmu untuk dipelajari..betul tak?
Terima kasih berkongsi nih saudara Thoha..bagus nih, saya amik ye n simpan untuk diprintkan..8 niat yang baik saudara kongsikan..amalan yang baik, akan dibalas baik jua..
Nine recently posted..Response cached until Thu 19 @ 14:52 GMT (Refreshes in 52 Minutes)
sama2 juga bro nine..semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan ramadhan ni..:)
alhamdulillah dapat ilmu bermanafaat hari ni…terima kasih bro thoha
etomyam recently posted..Sabotaj Diri Sendiri Dalam Penulisan Blog
sama2 juga bro etomyam..
semuanya bergantung kepada niat
niat baik dapat baik
tehr recently posted..Cikmin Dan My Playground
betul tu..setiap amalan yang kita lakukan semuanya bergantung kepada niat..
begitu bnyk doa tu.
Ali ridha recently posted..Apabila web design sering beri alasan
makin banyak berdoa adalah lebih baik..
thanks for info bro….dapat satu lagi pahala bro dibulan ramadahan ni….:)
ishak recently posted..Konflik antara amerika dan kumpulan hujan
tima kasih untuk info ni…bermanafaat
fawzan recently posted..The Best Gift I’ve Received- Now It’s For You!!
thank bro..ambik masa sikit untuk hafal,benda baik,kena buat gak
Setiap rukun itu ada hikmah dan penjelasan disebalik semuanya. Thanks ya.
hyprobulksms recently posted..Mulakan perniagaan affiliate
terima kasih .. pelajaran yang berharga mengenai amalan doa dalam wudhuk
thank for sharing ya!
Nia recently posted..Psycho Facebook!
dulu ada ustaz beritahu benda ni..
terima kasih kerana mengingatkan kembali.. InsyaAllah akan diamalkan..
redfar recently posted..Mengalami “Sindrom Oneitis”…