Posted on 4 Comments

Amalan Yang Baik Untuk Minda

Salam sejahtera.

Tidak semua orang yang lahir di dunia ini terus menjadi orang yang bijak pandai orangnya. Ada sesetengah orang yang sememangnya telah diberikan satu anugerah istimewa oleh Allah untuk menjadi orang yang sangat bijak. Namun begitu kebijaksanaan seseorang itu bergantung juga kepada apa yang mereka lakukan. Ada yang perlu berusaha sendiri dahulu barulah mereka akan menjadi orang yang bijak. Orang yang rajin belajar dan berusaha akan menjadi orang bijak. Begitulah sebaliknya jika orang itu malas belajar akan jadi orang yang jahil atau bodoh.

Diantara faktor-faktor yang membawa kepada kebijaksaan seseorang adalah mengenai apa amalan yang biasa mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Apa sahaja amalan baik yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda adalah memberi kesan kepada minda anda. Amalan itu jika anda boleh amalkan dengan baik akan dapat memberi banyak kebaikan kepada minda anda.

1) Menyedut Udara Yang Segar

Oksigen adalah sangat penting kepada otak manusia kerana otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh badan kita. Jika berlaku pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak. Cuba anda bayangkan bolehkah anda berfikir dengan baik jika anda berada di tempat-tempat yang kotor dan berbau busuk. Ataupun anda sedang berada ditempat yang tercemar dengan asap-asap kenderaan dan juga habuk-habuk. Pemikiran anda menjadi kurang aktif di tempat-tempat sebegini kerana otak anda tidak menerima belakan oksigen yang secukupnya.

Carilah tempat yang boleh memberikan anda ketenangan untuk mendapatkan udara yang segar. Jika boleh memilih sudah tentu anda akan lebih suka berada dikampung kerana kualiti udara dikampung adalah lebih segar berbanding dengan bandar. Suasana dikampung dapat memberikan ketenangan kepada pemikiran dan minda anda.

2) Rajin Mengambil Sarapan Pagi

Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada diri seseorang. Bagi yang ada penyakit gastrik, rajin mengambil sarapan pagi adalah salah satu cara untuk mencegah dari terkena gastrik. Rajin mengambil sarapan pagi juga adalah sangat bagus untuk minda dan pemikiran anda. Berdasarkan kepada beberapa kajian, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Oleh itu ia akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Seterusnya minda seseorang akan menjadi terlalu lemah untuk berfikir.

Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada pelajar kerana ia akan membantu otak mereka untuk berfikir dengan lebih baik semasa belajar dalam kelas. Mereka juga akan dapat untuk menumpukan pelajaran dengan lebih baik lagi tanpa mengalami rasa lapar.

3) Tidak Suka Tabiat Merokok

Kita memang sudah banyak mengetahui yang merokok adalah sangat membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Jika tabiat suka merokok ini tidak dibuang dalam diri seseorang ia boleh mendatangkan banyak kesan buruk dalam diri seseorang. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas yang boleh mengakibatkan banyak penyakit berkaitan otak seperti alzheimer dan yang paling membahayakan lagi adalah strok.

Jika anda mempunyai orang-orang yang terdekat dengan anda yang suka merokok, bantulah mereka untuk berhenti dari merokok ini. Jika tidak anda sendiri juga yang akan terjejas kerana menjadi perokok pasif yang lebih membahayakan dari perokok aktif. Berhentilah tabiat merokok untuk kebaikan bersama.

4) Mengambil Makanan Yang Cukup

Jangan terlebih mengambil makanan. Itulah yang perlu anda selalu ingat demi menjaga kesihatan anda. Anda perlu mendapatkan makanan-makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan dan minda anda juga. Anda perlu mengambil makanan yang seimbang seperti yang terkandung dalam piramid makanan. Jika anda mampu menjaga makanan untuk tubuh badan anda, secara automatik anda dapat menjaga minda anda supaya tidak terjejas dengan makanan yang anda ambil.

Perbuatan suka mengambil makanan yang berlebihan adalah sangat tidak bagus untuk diri anda. Ia akan menyebabkan anda diganggu dengan pelbagai jenis penyakit pada masa akan datang. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Ingatlah, badan yang sihat akan membawa kepada minda yang cerdas.

5) Merehatkan Minda Jika Kurang Sihat

Anda tidak boleh terlalu memaksa minda anda untuk bekerja kuat sekiranya tubuh badan anda tidak sihat. Biasanya jika badan anda tidak sihat, minda pun akan menjadi lemah untuk berfikir. Perbuatan suka melakukan kerja yang banyak berfikir semasa tidak sihat adalah tidak bagus. Ini kerana minda anda juga perlu berehat jika tubuh badan tidak sihat. Jangan bebankan diri anda dan minda anda.

Ambillah masa untuk diri anda berehat dan menenangkan fikiran anda. Jika perlu menyiapkan kerja juga semasa berada dalam keadaan tidak sihat, lakukan kerja itu mengikut kemampuan anda. Cuma jangan terlalu memaksa minda anda bekerja terlalu kuat.

Hanya setakat ini dahulu artikel pada kali ini. Artikel ini akan bersambung lagi pada siri yang kedua nanti. Sama-samalah kita mengamalkan apa yang dikongsikan ini supaya minda kita akan sentiasa cerdas dan menjadi hebat. Jika anda selalu menganggap yang orang lain sangat hebat, anda sebenarnya mampu untuk menjadi hebat seperti mereka juga. Anda perlulah berusaha ke arah yang lebih baik untuk menjadi seorang yang hebat juga. Hingga kita berjumpa lagi pada siri yang kedua nanti.

P.s: Saya ingin menjemput anda menyertai group tertutup Layar Sukses di facebook. Klik pada butang dibawah ini untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dalam group ini. Sama-sama kita memeriahkan group ini. 🙂




JOM SHARE

4 thoughts on “Amalan Yang Baik Untuk Minda

  1. nice sharing..makanan yg berkhsiat baik utk otak & tubuh badan.

    1. Betul tu..kita kena jaga permakanan yang baik untuk minda kita sendiri.. 🙂

  2. Salam bro Thoha..tip yg menarik..suka penulisan sini…saya ikut semua tu..cuma no 3 tu saya perlu berhemti..agak kuat jugak saya smoking…huhu..rasa menyesal pun ada skrg..habis duit jer..

    1. Wsalam. betul tu bro nine..saya harap bro dapat berhenti secepat mungkin rokok tu bahaya..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *