Posted on 17 Comments

Bidang Sains Komputer Satu Peluang Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuba bayangkan sekejap jika dunia hari ini tanpa ‘komputer’. Tidak akan ada PC atau laptop, tidak ada komunikasi yang menggunakan laman web yang memerlukan talian internet, tidak boleh melihat gambar di internet dan sebagainya. Malah tidak akan ada telefon bimbit atau kamera digital, kerana kedua-dua ini juga adalah satu sistem komputer. Wah, tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya jika keadaan sekeliling kita tanpa komputer yang sememangnya menjadi teman dalam hidup kita setiap hari.

Setiap hari teknologi komputer semakin terus berkembang pesat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang teknologi maklumat(IT) atau sains komputer adalah satu bidang yang memfokuskan kepada pelbagai aspek kejuruteraan komputer, sama ada membina sistem komputer baru, mereka bentuk laman web, membaiki sistem komputer, membangunkan satu program baru atau perisian terkini yang boleh digunakan dalam komputer. Memang terlalu luas bidang ini jika hendak diceritakan semuanya.

Jika anda telah berjaya meneruskan pengajian dalam bidang IT atau sains komputer ini tahniah saya ucapkan kepada anda. Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel berkaitan bidang sains komputer ini seperti “Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar”, “Persediaan Seorang Pelajar Sains Komputer” dan “Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer”. Anda boleh juga rujuk artikel-artikel yang terdahulu ini.

Ada yang bertanya mengenai susah ke belajar sains komputer? Baguslah kerana ramai yang rajin bertanya kerana ingin tahu. Bagi saya bukan hanya bidang sains komputer tapi mana-mana bidang sekalipun ada susah dan senangnya. Setiap orang akan mengalami susah dan senang semasa belajar. Setiap orang perlu berusaha gigih dahulu barulah mereka akan berjaya.

Saya tak kata bidang sains komputer ni susah, tapi saya akan kata bidang ini sangat mencabar. Ada susah senangnya semasa belajar. Memang banyak cabarannya semasa belajar. Itu memang dah menjadi asam garam seorang pelajar. Semuanya atas sikap kita sendiri. Jika kita rajin usaha semuanya akan senang. Kalau malas belajar maka jadi sangat susahlah. Mengenai peluang kerjaya pula ramai yang takut sebab dengar orang-orang dok cerita ramai pelajar-pelajar lepasan sains komputer ni susah nak dapat kerja. Budak IT ni tak boleh cari makan. Macam-macamlah saya dengar. Itu dah jadi perkara biasa.

Apa yang boleh saya katakan disini, mungkin ada benar dan ada tidak benar apa yang orang cakap pasal graduan IT atau sains komputer ni. Sebab ada yang dapat kerja dan ada yang tak dapat kerja. Semuanya atas rezeki masing-masing yang Allah bagi. Jika anda takut untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains komputer ni itu adalah perkara biasa. Saya tahu anda risau untuk menghadapi dunia baru yang anda bakal hadapi nanti. Ianya mengenai masa depan anda juga yang pastinya anda risau ke mana hala tuju hidup anda.

Anda hanya akan nampak peluang kerjaya dalam bidang sains komputer itu sangat susah kerana terlalu banyak mendengar cakap-cakap yang berbentuk negatif dari orang lain. Saya takut anda akan jadi orang yang ‘Rebah Dulu Sebelum Berjuang’. Anda juga perlu melihat mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang ini. Carilah aspek yang positif tentang bidang ini supaya ia akan memberikan semangat kepada anda. Tidak salah mengejar kerjaya masa hadapan yang baik. Cuma jika anda terlalu memikir soal kerjaya semata-mata sehingga anda telah melupakan perjuangan sebenar iaitu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Saya yakin peluang kerjaya yang hebat akan datang dengan sendirinya jika anda berusaha gigih. Semua orang mahu berjaya, mahu hidup kaya, mahu hidup senang dan macam-macam lagi. Tapi kalau malas usaha boleh dapat ke semua tu? Begitulah juga dalam bidang sains komputer ni jika anda malas dan tidak usaha anda tidak akan berjaya. Anda perlu berusaha gigih untuk menjadi orang yang berjaya dalam bidang sains komputer ini. Bidang-bidang lain pun sama juga.

Jika anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains komputer ini ianya memang sangat bagus. Anda kena yakin dengan diri anda sendiri. Jika ini memang minat anda, maka teruskan minat anda dalam bidang ini. Letak ketepi segala perkara-perkara negatif yang anda dengar dari mana-mana sumber sekalipun. Perkara-perkara negatif inilah yang akan jadi pembunuh kepada minat dan semangat dalam diri anda. Letakkan minat anda ditempat yang pertama sekali supaya anda akan dapat mengejar matlamat hidup anda.

Tidak kira anda seorang lelaki ataupun wanita jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak boleh berjaya dengan apa yang anda ceburi. Jika anda seorang wanita, jangan jadikan ia sebagai kelemahan kerana bidang sains komputer ini tidak pernah menyebabkan seorang wanita itu gagal dalam kerjayanya. Peluang adalah terbuka dan sama rata untuk semua orang. Semuanya atas rezeki masing-masing. Kuatkan semangat dan yakin anda boleh berjaya dalam bidang sains komputer ini seperti mana orang lain.

Sebagai penutup, saya mahu supaya anda membuka mata dan buka minda terhadap bidang sains komputer ini. Jangan sempitkan pemikiran anda terhadap bidang ini. Saya yakin anda boleh berjaya dalam apa sahaja bidang yang anda ceburi. Letakkan dalam fikiran anda satu perasaan seronok untuk belajar. Fikirkan betapa seronoknya belajar dalam bidang sains komputer ni. Seronoknya dapat belajar ilmu pengetahuan baru dalam hidup anda ini.

Ingatlah, kejayaan seseorang bukan berdasarkan akademik atau bidang yang mereka ceburi semata-mata. Ada orang yang tidak pernah masuk universiti pun boleh berjaya dalam hidupnya. Semuanya bergantung kepada keyakinan dan usaha diri mereka sendiri. Peluang yang anda perolehi untuk belajar dalam bidang IT atau sains komputer ini adalah satu peluang yang sangat berharga. Hargailah peluang yang anda dapat ini untuk mencapai apa sahaja matlamat dalam hidup anda.

JOM SHARE

17 thoughts on “Bidang Sains Komputer Satu Peluang Berharga

  1. yup dulu tak ambil pun bidang nih, tapi sekarang rasa nak belajar je.

    1. Ambil bidang apa dulu? tak pe mungkin rezeki dalam bidang lain kot.. 🙂

  2. Dulu memang niat nak ke arah CS, tapi sekarang dah tukar bidang.

    1. Tak pe mana-mana bidang ada kelebihan masing2..teruskan berusaha.. 🙂

  3. Salaam. Dulu saya bekas pelajar IT. Pada pengalaman saya, ada sesetengah subjek amat penting dalam dunia IT, contohnya pembelajaran internet programming.

    Saya kini masih melihat sama ada telah wujud course internet marketing di Malaysia oleh IPTS mahupun IPTA.

    1. Wsalam. Betul tu bro. subjek programming antara subjek yang penting bagi seorang pelajar sains komputer. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.. 🙂

  4. Setuju sgt dengan pendapat LS (layarsukses)
    Bidang CS harus mnjadi pilihan utama zaman skrang.
    Siapa yg x thu atau ketiggalan dlm bdg ni adalah org2 yg sgt rugi, sbb peluang buat duit dgn internet sgt tiggi.
    Sy juga student CS dalam software engineering, mmg ada susah dn sng 😉

    1. Betul tu bro..ada banyak kelebihan dalam bidang sains komputer ni. cuma kita yang kena bijak menghargai peluang. terima kasih bro..

  5. ckop untuk mbuatkan sy yakin.tq ye.info bgus.

    1. bagus2..teruskan keyakinan untuk berjaya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *