Posted on 70 Comments

Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera šŸ™‚

Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe

Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.

1)Ā Ā  Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

2)Ā Ā  Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3)Ā Ā  Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ā€˜seseorangā€™ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

4)Ā Ā  Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ā€˜seseorangā€™ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

5)Ā Ā  Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ā€˜seseorangā€™ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. Ā ā€œIngatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapiā€. Kepada kawan saya tu good luck ye.. šŸ™‚ Sekian.

JOM SHARE

70 thoughts on “Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

  1. terima kasih atas tips saudara,
    lagi kuat kita mengharap,
    lagi sakit kita rasa.
    aku baru jer kena tinggal. uwaaaaaa…

    kekadang orang yang kita sayang tak nampak betapa sayangnya kita pada dia.

    bercinta tak semestinya berkepit hari2.
    sayang tak semestinya kena cakap 5-6 kali sehari.
    kita sayangkan seseorang, tapi belum tentu orang yang kita sayang tu sayangkan kita sebagaimana kita sayangkan dia.

    putus bukan sesuatu yang mudah.
    pahitnya bukan kepalang,
    teh tarik pun terasa tak bergula.

    1. wah panjang nya komen saudara..
      terima kasih ya..

      p.s – letak la url fb ke kat website supaya saya boleh kenal sape yang komen blog ni..hehe

      1. maaf la sebab bagi komen panjang2 dalam blog saudara.
        šŸ™‚

        1. eh tak perlu nak minta maaf..
          komen yang lagi panjang lagi bagus..hehe
          terima kasih ya..

        2. time2 macam ni memang nak kena cari kawan.
          kawan yer, bukan pengganti.

  2. knapa susah sangat nak lupakan seseorang???
    aku baru je putus……hahaha

    1. emm..biasa la tu..nanti lama2 dapat la lupa kot..

  3. thanx!!
    sb bg tips yg sgt bgos..
    b4 ni ak bodoh sgt sb asek ingt kt laki bodoh+sial 2..
    skang ak bebas dr masalah cinta bodoh ni..
    thanx..sb tips ni wat ak lg kuat n da x jd bodoh!!
    thanx so much!!
    mmmuah!!

    1. sabar2 ye..jangan marah2..hehe

  4. saya pun baru putus cinta. sedih sangat.. tiap2 hari ingatkan dia.. dah dekat 3 bulan putus tapi dok ingat lagi..emmmm..susahnya nak lupakan orang yang terlalu kita sayang..

    1. hehe..susah jugak ni ye..saya ni pun bukannya pakar sangat untuk lupakan orang ni..

  5. hurm..ssh la..dh msuk setahun dh..tp npe die gak jd pilihan hti?mcm2 laki dh kwn,yp npe die gak still dlm hati??skrg amek keputusan nk tgu bia die dh xde btol2 dlm hati,bru nk tme org len..tp sampai ble?npe die gak dlm hati???

    1. susah gak ni..mungkin awak terlalu cintakan dia sangat2 smpai susah nk lupakan dia…

      1. tah la..tp die la yg terbaek bg sy yg sy jpe setakat ni..mcm2 sy dh buat.bz kn diri,kwn ngn ramai laki,xctct die..mcm2 la..tp npe die gak de dlm hati sy.sy dh leh tme yg die dh de awek..tp tah la.sy akn wt pe je aslkn die hpy wlaupn bkn ngn sy..

        1. sabar la ye..banyakkan berdoa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *