Jun
29
2010

Cara Wanita Berpakaian Diluar Rumah

Assalamualaikum :D

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tinggal dirumah dan mereka tidak keluar melainkan atas urusan yang mustahak.

Sabda Rasulullah SAW: “Wanita itu adalah aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.” – (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

Pada masa kini saya melihat cara berpakaian bagi wanita muslimah sudah semakin jauh dari syariat islam yang sebenar. Mereka memang berpakaian tapi seolah-olah seperti telanjang. Maafkan saya jika bahasa yang saya gunakan agak kasar sedikit. Ada banyak sebab mengapa saya berkata begitu. Ini kerana aurat mereka tidak lagi dijaga dengan baik seperti apa yang dituntut dalam islam. Pengaruh dari luar juga mempengaruhi cara mereka berpakaian.

Sebagaimana yang diketahui aurat wanita muslimah apabila berada diluar rumah adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Namun pada hari ini apa yang boleh kita lihat mengenai cara wanita-wanita muslimah berpakaian diluar rumah agak memalukan. Tidak tahu dimana letaknya rasa malu mereka sebagai wanita muslimah. Ini beberapa cara berpakaian yang boleh diamalkan oleh wanita muslimah apabila seseorang wanita berada diluar rumah.

1. Pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini adalah kewajipan sebagai wanita muslimah seperti apa yang telah dituntut dalam agama islam. Serius ianya adalah wajib dan bukannya sunat yang kita boleh pilih untuk melakukannya ataupun tidak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana ramai wanita muslimah pada hari ini yang semakin nak buka aurat mereka pulak. Habis tu kalau tak ikut kewajipan agama islam nak ikut siapa lagi.

2. Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu nipis. Maksud nipis disini adalah pakaian yang  dipakai itu menampakkan bayang-bayang bahagian dalam badan seseorang wanita itu apabila dilihat dari luar. Pakai pakaian nipis-nipis nak tunjuk kat sape pun tak tahu la. Buat apa nak tunjuk tubuh badan kat lelaki-lelaki lain di luar sana kan? Baik tunjuk kat suami sendiri bila dah kahwin.

3. Disamping itu, pakaian yang dipakai janganlah terlalu ketat ataupun sempit. Pakaian yang dipakai perlulah longgar dan selesa dipakai. Ini kerana jika pakaian yang dipakai terlalu ketat ia boleh menampakkan bentuk tubuh badan seseorang wanita yang secara tidak sengaja boleh menaikkan nafsu lelaki yang melihatnya. Ramai wanita muslimah hari ini yang suka memakai seluar yang ketat dan baju adik dia yang kecik hingga menampakkan bentuk  susuk tubuh mereka. Mungkin sudah hilang rasa malu dalam diri mereka

4. Pakaian tidak dikenakan bau-bauan yang terlalu harum. Tidak perlu rasanya seseorang wanita itu meletakkan bau-bauan yang terlalu harum pada pakaian mereka. Ini kerana ia boleh membangkitkan nafsu seorang lelaki yang terhidu bauan yang kuat dari mereka. Secara tak langsung ia boleh membuatkan seseorang lelaki itu tertarik dengan mereka.

Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar dan melintasi kaum lelaki ajanabi, agar  mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” - (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

5. Seorang wanita tidak perlu terlalu berhias-hias atau bermegah-megah dalam memakai pakaian kesukaan mereka. Janganlah sama sekali seseorang wanita itu keluar dari rumah dengan niat berpakaian cantik untuk ditunjukkan kepada orang lain yang melihat mereka. Biarlah cara berpakaian adalah secara bersederhana tapi tetap cantik dan menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah.

6. Pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu tidak menyerupai orang kafir atau musyrik. Sebagai wanita muslim tunjukkanlah ciri-ciri berpakaian anda sebagai wanita muslimah seperti yang dituntut dalam islam. Dengan memakai baju kurung dan bertudung adalah sangat manis dan cantik dilihat bagi seorang wanita melayu muslimah.

Apabila seorang wanita itu keluar dari rumah, banyak fitnah yang boleh berlaku sama ada kepada diri mereka sendiri dan juga orang lain terutamanya lelaki yang bukan muhram. Tidak salah untuk keluar dari rumah jika mempunyai urusan penting seperti bekerja, belajar, membeli barang dan banyak lagi. Yang menjadi kesalahan adalah jika aurat  mereka tidak dijaga dengan baik. Masa keluar dari rumah inilah seorang wanita muslimah itu perlu menjaga pakaian dan aurat mereka.

Sebagai seorang wanita muslimah, cara berpakaian adalah mencerminkan sejauh mana anda patuh kepada ajaran islam. Jika mereka tidak mahu menutup aurat mereka bukan melanggar perintah manusia tapi sebenarnya mereka telah melanggar perintah Allah. Walaupun sudah banyak kali mereka mendengar mengenai  kewajipan menutup aurat tapi jika ia tidak diamalkan tiada gunanya. Sama-samalah kita saling menasihati dan mengingati ke arah kebaikan. :)

P/s: Pesanan ikhlas kepada kaum hawa sebagai tanda ambil berat kepada mereka.. 8)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

13 Responses to “Cara Wanita Berpakaian Diluar Rumah”

  1. klcitizen says:

    susah nak kata, kekadang memang terikut-ikut… memang kewajipan dan tahu tapi manusia memang sering alpa dan leka
    klcitizen recently posted..Knight and Day dan cinta tak berbalas saya

    • Thoha Sukses says:

      biasa la sifat manusia sering lupa..mereka tahu yang mana halal haram tapi masih lagi melakukan yang haram disebabkan sifat lupa tersebut..sama2 la kita melakukan berusaha kearah kebaikan..

  2. redfar says:

    adakah aku telah berzina apabila terbau bauan wangian mereka.. nauzubillah..MasyaAllah..
    redfar recently posted..Musuh Kejayaan-

  3. zaryl says:

    haish… itulah.ada kes, bila ditegur melenting tak suka org amik tau hal dia… tapi pakaian macam pakai bikini… yg kelakarnya pakai tudung x tahan tu. entahlah…
    zaryl recently posted..Lesen Judi Bola- Kerajaan Tidak Akan Keluarkan Lesen Pertaruhan Sukan

  4. suri says:

    thnkas sahabat atas peringatan ni.

    rasa nak pakai jubah jerk tapi dia plk cakp cam tak sesuai..huhu..

    byk masyuk ke? tgok affeliti tu byk..hihi..

  5. Kujie says:

    wahai suami tegurlah isteri
    wahai bapa tegurlah anak
    wahai datuk tegurlah cucu
    wahai bapa saudara tegurlah anak2 saudara
    wahai abang, tegurlah adik perempuanmu

    Insyallah, kalau semua ada kesedara tanggungjawap – kita dapat memelihata maruah wanita kita dengan sebaiknya.

    Sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi yang sebaiknya
    Kujie recently posted..Betul Ke Kredit Gambar Dari Google

    • Thoha Sukses says:

      terima kasih kak jie..sangat berguna nasihat dari kak jie ni..ianya menjadi tanggungjawab semua orang agar dapat memelihara maruah wanita muslimah kita.. :)

  6. botak says:

    hahaha..syarat wanita tutup aurat adalah semua bhg bdn kecuali muka dan tapak tgn..
    tp bila ade video porn,bhg yg ditutup pula adalah muka dan tpk tgn..yg lain habis open~
    ishk ishk ishk
    botak recently posted..1st half-gt2nd half- no BREAK-

  7. eli says:

    alhamdulillah. Terima kasih krn sudi mberi pingatan kepada kaum hawa..bkn senang utk kita berubah… Tp sy dh bjanji pada diri saya utk menjadi wanita muslimah..In shaa allah saya akan buat yg terbaik.. Amin

Leave a Reply


CommentLuv badge