Dec
07
2010

Tahun Baru Hosting & Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini  semoga kita akan dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ni sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana disebabkan oleh kesibukan pada penghujung semester 3 yang lalu kerana banyaknya assignment dan juga sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3. Dan baru-baru ini juga saya terpaksa format laptop kesayangan saya ni atas beberapa masalah yang dihadapi. Sekarang ini selepas format dah bertukar kepada Window 7 rasa ok sikit guna laptop ni. :)

Jan
22
2010

Panduan Asas Domain

Anda pernah dengar apakah itu domain? Mungkin ramai yang pernah dengar tapi ramai juga yang masih tidak tahu apakah itu domain sebenarnya. Jika anda sudah biasa dengan melayari internet, setiap kali apabila anda melayari internet itu anda sebenarnya telah bermain dan berjumpa dengan domain itu. Domain adalah satu nama khusus bagi sebuah laman web atau blog. Seperti yang anda dapat lihat di blog saya ini www.layarsukses.com itulah nama domain blog saya ini. Biasanya orang memanggil domain ini dengan panggilan URL (Universal Resource Locater). Kalau cakap domain mungkin tak kenal tapi bila cakap URL mesti ramai yang kenal.