Jun
20
2011

Ketahui Rahsia Hukum Tarikan

Salam sejahtera.

Artikel ini saya ingin berkongsikan tentang satu ilmu yang menarik iaitu “Hukum Tarikan” atau “Law Of Attraction”. Kita sememangnya mampu untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Tidak kiralah samada ianya positif ataupun negatif, ianya bergantung kepada apa yang kita inginkan. Sememangnya hukum alam tidak akan mendiskriminasi kepada sesiapa pun, ia hanya bertindak balas kepada apa yang kita inginkan.

Pemikiran ataupun minda anda adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan ini. Bermula dari pemikiran andalah yang seterusnya akan mencipta dunia luaran anda. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam minda anda, anda boleh mencipta kehidupan yang anda inginkan. Lihatlah sedalam-dalamnya tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Mar
22
2011

Tips Untuk Menghadapi Temuduga

Salam sejahtera.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga, ia bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.

Dec
16
2010

Panduan Buat 3D Guna 3D Google Sketchup

Salam sejahtera.

Kalau sebut saja mengenai Google, siapa la yang tak kenal kan? Sebuah syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat Berjaya pada masa kini. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang sangat popular iaitu google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk-produk lain yang terkenal di internet seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan banyak lagi.

Tetapi apabila sebut saja tentang 3D Google Sketchup, mesti masih ramai yang tak tahu kan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenainya dan telah pun menggunakannya. Tapi bagi mereka yang tak tahu guna 3D Google Sketchup mesti semua mula berfikir untuk apa ya menggunakan program tersebut? Boleh buat duit ke dengan benda ni? Ada manfaat ke untuk diri saya jika saya menggunakannya?

Aug
08
2010

Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia

Salam sejahtera. :)

Pada hujung minggu ini saya telah meluangkan masa untuk membaca satu ebook menarik bertajuk Mentor Jutawan. Memang seronok baca ebook ini kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi darinya. Disamping ia telah menaikkan semangat saya untuk terus menjadi orang yang berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Cita-cita untuk berjaya seperti 8 orang jutawan Malaysia ini sememangnya semakin kuat dalam diri saya selepas membaca ebook Mentor Jutawan ini. Malah saya juga telah menjadikan mereka sebagai mentor untuk saya lebih berjaya dalam hidup ini.

Jun
29
2010

Panduan Asas Paypal Yang Perlu Dimiliki

Salam Sejahtera :)

Kalau sebut perniagaan internet, nama Paypal pasti akan disebut paling kurang sekali. Agaknya mengapa? Mudah sahaja jawapannya, sebab akaun Paypal amat mudah untuk dibuka dan digunakan. Walaupun perbincangan mengenai Paypal begitu banyak di Internet, namun anda setuju jika saya katakan, begitu banyak maklumat yang sudah tidak relevan lagi. Perbincangan pula berterabur tidak tersusun rapi, menyebabkan anda pening kepala untuk memahami sesuatu perkara berkaitan Paypal.

Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal). Diantara kelebihan dan kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah: