Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cuba bayangkan sekejap jika dunia hari ini tanpa ‘komputer’. Tidak akan ada PC atau laptop, tidak ada komunikasi yang menggunakan laman web yang memerlukan talian internet, tidak boleh melihat gambar di internet dan sebagainya. Malah tidak akan ada telefon bimbit atau kamera digital, kerana kedua-dua ini juga adalah satu sistem komputer. Wah, tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya jika keadaan sekeliling kita tanpa komputer yang sememangnya menjadi teman dalam hidup kita setiap hari.
Setiap hari teknologi komputer semakin terus berkembang pesat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang teknologi maklumat(IT) atau sains komputer adalah satu bidang yang memfokuskan kepada pelbagai aspek kejuruteraan komputer, sama ada membina sistem komputer baru, mereka bentuk laman web, membaiki sistem komputer, membangunkan satu program baru atau perisian terkini yang boleh digunakan dalam komputer. Memang terlalu luas bidang ini jika hendak diceritakan semuanya.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...

Salam sejahtera.
Sekarang ni dah masuk minggu kedua pengajian di universiti untuk semester ketiga. Dah start semester baru ni rasa macam agak sibuk sikit tapi masih dalam keadaan yang terkawal lagi. Post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kursus-kursus yang saya ambil untuk pengajian semester baru ni. Ini hanyalah sekadar perkongsian mengenai kursus yang saya sedang belajar sekarang ni. Antara kursus-kursus yang saya ambil semester ini:
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...

Salam sejahtera
Penggunaan laman web sosial facebook mempunyai banyak kebaikan juga jika kita pandai melihat secara positif dan menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Jika bercakap mengenai keburukan memang mudah untuk dilakukan tapi bila nak mencari kebaikan ni yang agak susah sikit. Disebalik kedengaran banyak keburukan menggunakan laman web facebook ni ada juga manfaatnya kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain yang menggunakannya.
1. Facebook digunakan untuk berhubung dengan orang lain dan mengumpul ramai kawan-kawan. Anda boleh mengumpul sebanyak mana pun kawan di facebook sehingga mencapai limit 5000 orang. Inilah sebabnya dinamakan laman web sosial kerana ia digunakan untuk bersosial dan berkenalan di alam maya. Tujuannya untuk berkenal-kenalan dengan ramai orang dan berkongsi pendapat dan pandangan bersama kawan-kawan di facebook.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...

Salam Sejahtera
Tidak perlu dipertikaikan lagi mengenai kehebatan laman web sosial pada masa kini. Terutama sekali laman web sosial yang bernama facebook. Facebook adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Dalam hidup ini tidak kiralah apa saja bidang yang anda lakukan, keberanian adalah penting. Didalam perniagaan internet atau apa saja perniagaan lain keberanian adalah penting. Jika anda masih ragu-ragu dan takut maka tidak mungkin anda dapat bertahan lama atau sanggup menghadapi pelbagai risiko dalam bidang perniagaan. Perniagaan internet memerlukan keberanian dalam setiap langkah yang anda ambil. Ada beberapa bentuk keberanian yang anda mesti bersedia menghadapinya jika anda menjalankan perniagaan internet.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...