May
19
2010

Ketahui Rahsia Pemasaran Email

Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai satu ebook percuma Panduan Autoresponder TrafficWave. Autoresponder adalah satu sistem yang digunakan untuk mengumpulkan senarai email bagi seorang usahawan internet. Dan TrafficWave adalah salah satu autoresponder yang semakin popular digunakan oleh kebanyakan usahawan internet pada masa sekarang.

Membina senarai email adalah penting bagi sebuah perniagaan internet anda. Anda perlu membina senarai email untuk menyimpan email prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Ini kerana mereka adalah bakal pelanggan bagi produk-produk anda. Pastikan senarai email anda adalah berkualiti. Anda perlu sentiasa berkongsi tips-tips dengan senarai email anda. Anda juga boleh memberikan mereka produk-produk percuma kepada mereka. Ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan mereka kepada anda.

May
12
2010

Model Bisnes Tersembunyi


Salam Sejahtera,

Setiap orang sudah pasti memiliki sesuatu yang amat diminati dalam diri mereka, walaupun orang yang bersungguh-sungguh menafikan bahawa mereka tidak minat terhadap sesuatu sebenarnya memiliki sedikit minat dalam diri mereka. Kebanyakan orang hidup tanpa menyedari tentang minat mereka itu dan ada antara mereka tahu yang mereka minat terhadap sesuatu; tetapi seolah-olah tidak ambil peduli. Jadi, disini saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana anda boleh menggunakan minat anda sepenuhnya dan menukarkannya kepada sebuah bentuk bisnes yang ada suka. Semuanya terdapat didalam sebuah ebook terbaru bertajuk ‘Model Bisnes Tersembunyi’.

Apr
28
2010

Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

Salam sahabat semua,

Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.

Feb
28
2010

Salah Laku Penggunaan Internet

Internet pada masa kini menjadi medium utama untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia mempunyai banyak kebaikannya jika ia digunakan dengan cara yang betul. Namun begitu ia mempunyai banyak keburukan jika ia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi anda dan saya sendiri perlu berhati-hati supaya kita tidak terdedah dengan beberapa keburukan yang datang dari internet ini.

Antara salah laku penggunaan internet yang perlu diawasi adalah:

1)    Menyalurkan bahan haram, lucah, virus dan macam-macam lagi. Ianya sangat merbahaya kepada individu tertentu jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya. Anda perlu berhati-hati jika membuka email anda terutama dari orang yang tidak dikenali.

Feb
18
2010

Tips Cegah Email Spam

Setiap kali saya membuka email-email saya sama ada gmail ataupun yahoo mail pasti ianya akan dipenuhi dengan email-email spam ataupun email sampah. Kadang-kadang rasa geram juga tapi tak  tahu nak wat apa melainkan delete ataupun block je. Email spam ini kadang –kadang sangat merbahaya kerana ia boleh jadi mengandungi virus yang bahaya untuk komputer anda. Bila saya mendapat email-email spam ini saya terus je delete senang malas nak fikir panjang.