Kategori Artikel:
Motivasi. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum.
Banyak perkara yang telah berlaku kat facebook pada hari ini. Kita mungkin selalu mendengar orang kata yang facebook ini boleh membawa banyak keburukan kepada seseorang. Saya tidak nafikan, betul juga facebook ni boleh membawa banyak keburukan. Tapi facebook juga boleh membawa banyak kebaikan. Dalam hal ini kita boleh lihat facebook tidak bersalah atas alasan boleh membawa keburukan. Tapi orang yang menggunakan facebook itu sebenarnya yang telah menyalahgunakan facebook.
Banyak orang menyalahgunakan facebook untuk tujuan tidak baik. Kita yang menggunakan facebook perlu sentiasa berhati-hati kerana banyak juga perkara buruk boleh berlaku di facebook. Terutamanya jika anda seorang wanita. Anda perlu lebih berhati-hati. Bukan semua perkara anda perlu kongsikan di facebook.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Assalamualaikum.
Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ianya adalah merupakan proses kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.
Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di masa hadapan nanti. klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Assalamualaikum.
Tahun baru 2012 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Kita mengharapkan lebih banyak kejayaan dalam hidup kita pada tahun baru 2012 nanti.
Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.
Untuk penulisan yang ringkas pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini. klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Motivasi. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum.
Sudah lama juga saya tidak menulis dan berkongsi idea di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki semester baru di universiti tempat saya belajar ini. Nak kata sibuk tu boleh la sebab hidup seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan. Itu dah menjadi perkara biasa. Dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu perjuangan dalam hidup ini.
Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Motivasi. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum.
Begitu cepat rasa masa berlalu setiap hari. Hari raya aidilfitri pun dah seminggu berlalu. Saya pun tidak lama lagi akan kembali menyambung pengajian ke universiti. Tinggal beberapa hari je lagi cuti. Cuti semester yang panjang selama 3 bulan sudah habis dah. Teringat dialog dalam cerita KL Gangster. “Amacam cuti panjang, best?” “Cuti sudah habis bro”. Perasaan pun bercampur je sekarang ni. Maklumlah selepas cuti panjang mood belajar pun jadi kurang sikit. Bila dah masuk belajar nanti barulah semuanya akan jadi seperti biasa kembali.
Oleh kerana mahu mencari kembali motivasi dan semangat untuk belajar kat universiti nanti, kita kena cari perkara-perkara yang best kat universiti atau tempat belajar kita. Barulah kita akan merasa seronok untuk kembali meneruskan pelajaran ke sana. Motivasi sangat penting dalam memberikan semangat kepada diri kita.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...