Archive for 'Perniagaan'

Islam, Perniagaan & Pemasaran Internet

Salam sejahtera.

Perniagaan dan pemasaran memang tidak dapat dipisahkan. Sekiranya tiada pemasaran dilakukan, sesuatu perniagaan tidak mungkin dapat bersaing dengan peniaga-peniaga yang lain. Dunia hari ini sudah berubah, pelbagai cara pemasaran boleh dilakukan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disediakan. Antara kaedah pemasaran yang paling digemari pada dewasa ini adalah melalui internet.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1960 sehingga hari ini, pelbagai revolusi telah berlaku pada internet. Internet dapat menaikan sesuatu perniagaan, internet juga dapat menjatuhkan sesuatu perniagaan. Pelbagai medium yang boleh digunakan untuk pemasaran telah dibangunkan.

Posted in: Informasi, Penulis Jemputan, Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Salam sejahtera.

Ramai yang menceburi bidang keusahawanan adalah atas tujuan masing-masing. Itu semua bergantung kepada apa yang mereka inginkan dalam hidup ini. Antara tujuan anda menceburi bidang keusahawanan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda pada masa sekarang dan juga pada masa-masa yang akan datang. Bidang keusahawanan akan dapat mengubah kualiti kehidupan anda menjadi lebih baik.

Jika dahulu anda hanya menggunakan motosikal, selepas berjaya dalam perniagaan anda bertukar kepada sebuah kereta pula. Itulah contoh bagaimana kualiti kehidupan anda semakin bertambah baik. Maksudnya hidup anda sentiasa berubah dan bertambah baik lagi.

Posted in: Perniagaan

Leave a Comment (0) →

5 Faktor Pendorong Menjadi Usahawan

Salam sejahtera.

Bidang keusahawan adalah bidang yang patut diterokai oleh sesiapa sahaja. Ianya penting untuk pembangunan agama, bangsa dan negara. Ramai yang memilih untuk menjadi seorang usahawan kerana didorong oleh banyak faktor yang ada di sekelilingnya. Faktor-faktor yang ada telah menguatkan lagi semangat seseorang  itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

1) Sebab Keagamaan

Antara faktor-faktor yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan adalah kerana ianya sangat digalakkan dalam agama islam. Rezeki dalam bidang perniagaan adalah sangat luas jika anda bijak mengambil peluang.

Anda juga dapat mengikut sunnah Rasulullah yang sememangnya seorang usahawan yang hebat. Anda perlu mencontohi ketokohan baginda sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Selain itu anda perlu mencontohi golongan sahabat baginda seperti Abdul Rahman bin Auf yang merupakan seorang ahli perniagaan islam yang terulung. Anda perlu belajar dari kisah sahabat besar nabi ini yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya semasa zaman permulaan islam.

Posted in: Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Membantu Ekonomi Dalam Negara

Salam sejahtera.

Bidang keusahawanan adalah satu bidang yang dapat membangunkan ekonomi dalam sebuah negara. Ini secara tidak langsung akan dapat membuka pintu rezeki kepada orang lain yang tidak berkemampuan. Ramai orang yang tidak berkemampuan akan dapat dibantu kerana ekonomi negara kita semakin bertambah maju.

Satu Strategi Membasmi Kemiskinan

Apabila ekonomi negara semakin bertambah maju, ia akan dapat membantu membasmi kemiskinan dalam negara. Golongan yang miskin akan dapat mendapat pekerjaan supaya dapat menampung kehidupan mereka dengan lebih baik. Semakin ramai usahawan yang lahir dalam negara pada hari ini. Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.

Posted in: Perniagaan

Leave a Comment (0) →

Menggunakan Sepenuhnya Nikmat Yang Ada

Salam sejahtera.

Pada masa kini pelbagai nikmat yang anda dapat perolehi dalam dunia yang semakin membangun ini. Salah satu nikmat yang ada pada masa kini adalah teknologi. Internet adalah teknologi yang semakin berkembang setiap masa. Ianya adalah satu nikmat yang sangat berharga pada masa kini. Internet menjadi satu kewajipan bagi sesiapa sahaja supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia pada masa kini.

Jika anda sebagai seorang usahawan, anda patut menggunakan nikmat yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Anda akan rugi sekiranya mengabaikan nikmat teknologi yang ada pada hari ini. Anda perlu menggunakan sebaik mungkin teknologi internet untuk mengembangkan lagi perniagaan anda secara lebih meluas. Jika tidak anda akan ketinggalan berbanding dengan orang lain.

Posted in: Perniagaan

Leave a Comment (0) →
Page 1 of 3 123