Jan
23
2012

Teruskan Berusaha, Jangan Berputus Asa

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ianya adalah merupakan proses kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.

Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di masa hadapan nanti.

Nov
29
2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1433 saya ucapkan kepada semua umat islam. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk menikmati kehidupan yang baik dan sejahtera ditahun baru hijrah yang telah disambut beberapa hari yang lalu. Ini bermakna umur kita semua telah bertambah untuk setahun lagi. Kita semua masih diberikan peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar di muka bumi Allah ini. Ianya satu nikmat dan anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya.

Setiap kali menyambut tahun baru islam ini kita selalu mendengar tentang Hijrah. Apakah yang difahami oleh kita tentang makna hijrah ini. Setiap dari kita perlu sentiasa berhijrah untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja perkara yang ita lakukan. Setiap orang mampu untuk berhijrah. Bergantung kepada diri masing-masing sama ada mahu berhijrah atau pun tidak. Untuk berhijrah kita mesti mula dengan diri kita sendiri.

Aug
15
2011

Susah Hari Ini Untuk Kejayaan Esok

Assalamualaikum.

Sebagai seorang manusia kita akan diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dalam hidup ini. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan dan keimanan kita kepadaNya. Antara ujian yang biasanya dihadapi oleh kita adalah terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan sebelum kita dapat mengecapi kejayaan yang benar-benar kita inginkan.

Kadang kala Allah akan menguji kita terlebih dahulu dengan kesusahan sebelum kita dapat memperolehi kejayaan yang kita inginkan. Kesusahan akan memberikan motivasi kepada kita yang sebuah kejayaan itu tidak akan diperolehi dengan mudah tanpa melakukan usaha. Apabila kita telah berjaya mencapai kejayaan setelah mengharungi pelbagai kesusahan, kita akan lebih menghargai kejayaan tersebut.

Aug
13
2011

Tips Berjimat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Pada bulan Ramadhan ini kita sebenarnya dapat menjimatkan perbelanjaan kita kerana kita hanya makan dan minum semasa bersahur dan juga semasa berbuka. Tapi pelik, kadang-kadang kita tidak sedar perbelanjaan pada bulan Ramadhan ini menjadi lebih tinggi dari bulan-bulan sebelumnya. Perkara ini berlaku kerana silap kita sendiri yang tidak mengawal perbelajaan yang keluar dari poket kita.

Perbelanjaan yang keluar itu ke mana lagi kalau bukan untuk membeli makanan dan minuman kita juga. Maklum la kan perut tengah lapar. Kalau boleh semua benda nak makan bila tengah lapar ni. Kita perlu bijak mengawal perbelanjaan kita dengan berjimat bagi mengelakkan pembaziran.

Aug
12
2011

Kemuliaan (Malam) Lailatul Qadar

Assalamualaikum.

Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam. Malam yang sangat ditunggu-tunggu itu adalah (malam) lailatul qadar. Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya.

Pada (malam) lailatul qadar itu pahala amal ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan oleh Allah menyamai dengan pahala beribadah selama 1000 bulan. Ianya adalah satu anugerah dari Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa.