Jan
30
2012

Hargai Nikmat Masa Lapang

Assalamualaikum.

Masa adalah salah sangat penting dalam kehidupan manusia. Masa yang telah lepas tidak boleh diundur kembali. Manusia akan didatangi oleh masa sibuk dan juga masa lapang. Apabila datangnya masa sibuk barulah seseorang itu akan merindui nikmat masa lapang. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana kita menggunakan masa lapang dalam kehidupan kita supaya ia boleh memberi manfaat kepada diri. Jika kita mensia-siakan masa lapang yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah, ia boleh merugikan diri kita sendiri.

Dalam artikel ini saya akan lebih fokuskan kepada kehidupan pelajar kerana saya masih lagi sedang belajar semasa sedang menulis artikel ini. Sebagai seorang pelajar, kita akan berhadapan dengan masa sibuk seperti menghadiri kelas, melakukan tugasan, menyiapkan projek, ujian dan peperiksaan serta banyak lagi. Cuti pula adalah nikmat masa lapang yang sangat disukai oleh seorang pelajar. Ini kerana kita akan dapat berehat seketika dari kepenatan dan stress belajar.

Jan
26
2012

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Assalamualaikum.

Bila di imbas kembali pengalaman di sekolah dahulu memang banyak. Tapi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman kena denda di sekolah. Ada banyak pengalaman kena denda di sekolah dahulu. Tapi saya cuma akan kongsikan setakat mana yang saya ingat saja. Bila di fikirkan balik rasa kelakar pun ada sebab ia adalah pengalaman hidup saya sendiri semasa belajar di sekolah. Kalau cerita kat orang lain mungkin tak kelakar bagi mereka. Setiap orang ada pengalaman kena denda masing-masing semasa belajar di sekolah dahulu.

Tak sangka cepat betul masa telah berlalu. Zaman persekolahan telah meninggalkan saya banyak kenangan indah yang tidak akan dilupakan. Ada kenangan yang manis dan ada juga kenangan yang pahit seperti pengalaman kena denda di sekolah. Semuanya telah menjadi memori yang paling indah dalam hidup ini. Ianya mengenai kehidupan diri saya sendiri. Bagaimana saya belajar semasa sekolah dahulu.

Aug
28
2011

Salam AidilFitri 1432 Hijrah

Assalamualaikum.

Setelah sebulan Ramadhan kita menjalani ibadah puasa, kini tiba pula syawal untuk kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali sahaja. Ianya hari untuk kita bergembira bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Ambil peluang semasa hari raya ini untuk bertemu dengan sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Setahun sekali dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Hari raya adalah hari untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Suasana kunjung mengunjung sudah menjadi budaya kita.

Aug
26
2011

Bersederhana Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum.

Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Semua umat islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan. Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali saja. Kemeriahan semasa hari raya tidak akan dirasai pada hari-hari lain. Di hari raya kita dapat berkumpul bersama ahli keluarga, menziarahi sanak saudara, menghadiri rumah terbuka dan banyak lagi. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan saudara kita yang lain.

Pelbagai persiapan dilakukan menjelang hari raya. Ada yang sibuk membeli belah, ada yang membersihkan rumah, membuat kuih raya, melakukan perjalanan balik kampung dan sebagainya. Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan bersederhana dan penuh kesyukuran kerana kita berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan dibulan Ramadhan.

Aug
25
2011

Pesanan Untuk Pemain Mercun

Assalamualaikum.

Setiap kali tibanya musim perayaan, bunyi mercun akan kedengaran di mana-mana  tempat. Seolah-olah bunyi mercun menjadi satu budaya bila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang tinggal dikampung ia mungkin dah jadi perkara biasa dengan bunyi mercun ni. Bermain mercun tidak salah selagi ia tidak membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak cerita pasal pengalaman main mercun, saya sendiri pernah bermain mercun masa zaman budak-budak dulu. Tapi sekadar main untuk seronok-seronok je masa zaman budak-budak dulu. Saya main mercun yang kecik-kecik je bunyi pun tak kuat. Sekarang sudah besar dah tak main dah benda-benda mercun ni. Main mercun ni tak ada faedah sebenarnya. Lagipun main mercun ni boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.