Aug
23
2011

Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Assalamualaikum.

Pengalaman berpuasa juga adalah satu pengalaman yang indah dalam hidup ni. Setiap orang akan mempunyai pengalaman masing-masing semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini. Pengalaman bagi setiap orang juga sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Kehidupan saya sekarang adalah sebagai seorang remaja yang masih lagi sedang belajar. Cuma sekarang saya sedang menikmati cuti panjang di kampung. Bila dah lepas hari raya nanti akan mula masuk belajar balik.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan rakan-rakan di kampus tapi tahun ni tidak lagi kerana bulan puasa tahun ni jatuh pada musim bercuti.

Aug
18
2011

Tempat Yang Menjadi Kebiasaan

Assalamualaikum.

Dalam kehidupan kita seharian sudah tentu ada tempat yang akan menjadi kebiasaan untuk kita selalu pergi ke tempat tersebut. Saya cuma nak kongsi pengalaman saya pada hari ini. Apa yang membuatkan saya tiba-tiba terfikir adalah setiap kali saya ingin gunting rambut saya mesti akan pergi ke kedai gunting rambut yang sama sejak dari dulu lagi. Kedai gunting rambut tersebut bukannya dekat tapi saya sanggup pergi jauh-jauh semata-mata untuk gunting rambut di situ.

Saya mula gunting rambut disana sejak dari zaman persekolahan lagi. Kedai tu dekat je dengan sekolah saya dulu tapi agak jauh juga dari rumah saya. Tapi saya tidak kisah pun kena pergi jauh kerana bukan hari-hari pergi. Orang lelaki akan gunting rambut kadang-kadang sebulan sekali je. Sebab tu saya tak kisah pergi jauh-jauh ke kedai tersebut.

Jul
23
2011

Komuniti LayarSukses.com Di Facebook

Salam sejahtera.

Laman web sosial facebook telah menjadi pilihan bagi pihak LayarSukses.com untuk membina komuniti dan berinteraksi dengan rakan-rakan di facebook. Facebook sememangnya mempunyai banyak kelebihannya jika ia dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Jadi pihak LayarSukses.com ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput pembaca-pembaca blog ini yang mempunyai akaun facebook bolehlah menyertai komuniti kami di facebook. Semoga kita semua beroleh manfaat untuk kebaikan bersama.

Mar
15
2011

Waktu Paling Indah Dalam Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam perjalanan menempuhi kehidupan dunia ini setiap orang pasti akan mempunyai waktu-waktu paling indah dalam hidup mereka. Kehidupan yang dilalui bagi setiap orang adalah berbeza dengan orang lain. Anda mungkin tidak akan dapat melupakan waktu-waktu paling indah dalam kehidupan anda itu sampai bila-bila. Ini kerana ia adalah mengenai pengalaman hidup yang anda lalui yang pasti tidak akan sama dengan orang lain. Anda juga bertuah kerana dapat merasainya kerana tidak semua orang dapat merasai waktu-waktu paling indah itu.

Antara waktu-waktu yang boleh dikatakan paling indah yang akan dialami oleh setiap orang dalam hidupnya adalah waktu sekolah, waktu universiti,  waktu pekerjaan, waktu perkahwinan dan banyak lagi. Setiap dari waktu-waktu ini mempunyai kenangan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang pernah mengalaminya.

Mar
12
2011

Tarikh Dan Lokasi PC Fair 2011

Salam sejahtera.

Pada hari sabtu di hujung minggu ini saya telah berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa bersama kawan-kawan berkunjung ke PC Fair 2011 yang sedang berlangsung di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu pada 10-12 Mac 2011. Saya pun ada juga beli beberapa barang semasa berkunjung ke PC Fair ni. Memang meriah sambutan dari orang ramai di sini. Tapi setiap kali berlangsungnya PC Fair dimana-mana sahaja tempat sekalipun boleh dikatakan akan meriah sambutannya.

Bagi peminat-peminat barangan komputer inilah masanya untuk mereka mendapatkan apa saja barangan komputer yang mereka inginkan pada harga yang boleh dikatakan lebih murah berbanding dengan harga biasa.