Posted on Leave a comment

4 Cara Mudah Untuk Anda Mulakan Perbualan Dengan Strangers

Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.

Kongsi makanan

Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.

Posted on Leave a comment

Netizen Boleh Undi Nama Bakal Kereta Baharu PROTON

PROTON bakal keluarkan model SUV pertama mereka. Dihasilkan bersama rakan strategiknya dari China iaitu Geely, dijangka kemunculan pertamanya adalah pada hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, SUV pertama PROTON ini masih lagi belum mempunyai nama rasmi. Proton telah membuka undian dalam talian untuk para netizen mengundi nama SUV ini. Bermula Isnin, 2 April 2018, undian dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pihaknya ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa bermakna ini kerana SUV baharu itu juga adalah simbol pencapaian untuk Malaysia.

Posted on Leave a comment

Hichki: Kisah Guru Yang Berjiwa Besar

Sekian lama aku peramkan review filem ini. Hari ini aku cuba kongsikan pendapat aku mengenainya.

Filem lakonan Rani Mukherjee ini memaparkan suka duka cabarannya menjadi guru yang dilahirkan dengan sindrom Tourette. Banyak sekolah menolak permohonannya untuk mengajar di sekolah mereka sehinggalah akhirnya dia diterima mengajar di sekolah lamanya sendiri. Sebuah sekolah berprestasi tinggi. Cumanya beliau diberi kelas paling corot yang mempunyai pelbagai masalah.

Miskin. Selekeh. Bodoh. Degil. Nakal. Jahat. Samseng. Kurang ajar. Tiada masa depan.

Antara yang boleh dilihat dalam karekter ahli-ahli kelas ini. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan cabaran pelajar-pelajar sebegitu, diberatkan pula lagi dengan terpaksa mengadap perangai cikgu sekolah yang memperlekehkan usahanya.

Posted on Leave a comment

Jenis Makanan Yang Sudah ‘Expired’ Tetapi Masih Boleh Dimakan

 

Pernah tak kau cari tarikh luput pada botol kismis? Ada atau tidak? Kebanyakkan pengeluar produk kismis tidak akan menulis tarikh luput pada kismis sebab tarikh luput kismis adalah bergantung kepada cara pengguna menyimpannya.

Kismis, aprikot kering, dan kurma antara buah yang telah dikeringkan. Kebanyakan buah-buahan kering akan bertahan selama satu tahun selepas tarikh ‘baik sebelum’ bergantung kepada kaedah pengeringan dan bagaimana buah kering disimpan. Air adalah faktor bakteria membiak. Memandangkan sebahagian besar kandungan air daripada buah itu sudah dikeluarkan dan rasa diintensifkan jadi jangka hayat dapat dipanjangkan. Proses pengeringan dapat dilakukan secara semulajadi oleh matahari atau dehidrator (guna oven dalam suhu rendah).

Posted on Leave a comment

Kisah Gergasi Yang Tertewas

Nokia suatu ketika dulu merupakan brand ternama telefon mudah alih selama lebih dari dua dekad. Di zaman kegemilangannya, hampir semua golongan kelas menengah di banyak tempat seluruh dunia memiliki telefon bimbit Nokia Communicator. Ketika itu, Nokia merupakan simbol prestij yang baru. Namun semua itu tinggal sejarah. Mulai Oktober 2014, Nokia telah lenyap selamanya, “dibunuh” oleh Microsoft yang telah mengambil alih perusahaan yang berasal Finland ini pada tahun 2013.

Gergasi perusahaan internet, Microsoft, mengambilalih Nokia pada September 2013 dengan nilai USD 7.2 billion. Pengambil alihan ini merupakan berita besar dalam industri teknologi komunikasi dan digital kerana ini merupakan petanda nyata bahawa Nokia sudah sampai ke penghujung jalan. Ramai yang tidak percaya dengan kenyataan ini, terutama sekali apabila mengenangkan nama Nokia yang pernah besar, megah, dan berkibar di mana-mana.

Posted on Leave a comment

Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!

Dalam artikel ini, akan dikongsikan satu kisah benar kejayaan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan internet.

Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar kepada orang lain di luar sana. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana diambil direct daripada beliau.

Jadi, saya harap anda dapat baca artikel ini sehingga habis ya.

Oleh: Zul Ariffin Maarof

Ceritanya macam ni….

Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

Posted on Leave a comment

Kenapa air perlu cukup dalam tubuh badan?

KEADAAN cuaca yang tidak menentu di Malaysia amatlah membimbangkan, sekejap panas terik, tiba-tiba asyik hujan pula, perkara ini membuatkan badan kita terdedah dengan penyakit.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar ambil langkah berjaga-jaga terutama dari segi kesihatan dan tentunya memastikan kandungan air di dalam badan cukup untuk menempuh kehidupan seharian.

Posted on Leave a comment

Ubah Pemikiran Suka Makan Gaji

TIDAK pernah terlintas di fikiran untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seawal usia 20 tahun ini. Namun begitu, saya mula menceburi bidang perniagaan apabila terlibat dalam satu program keusahawanan iaitu Persatuan Usahawan Muda (PUM) anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

Selepas menyertai program keusahawanan tersebut, saya mengubah persepsi diri bahawa graduan pada hari ini tidak sepatutnya berfikiran cetek dan hanya menunggu peluang kerja akan datang bergolek dalam sekelip mata selepas tamat belajar nanti. Disebabkan majoriti pemikiran gra­duan mempunyai konsep yang sa­ma seperti ini, maka tidak hairanlah ramai graduan hari ini yang menganggur.