Feb
22
2010

Ciri-ciri Kebahagian Dan Kecemerlangan Yang Sejati

Assalamualaikum dan salam sejahtera:),

Hari ini adalah hari kedua saya kat universiti ni selepas balik dari cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina dan cuti pertengahan semester. Memang kena bagi motivasi balik ni supaya saya dapat kembali fokus untuk belajar semula. Maklum la cuti selama seminggu jadi fokus untuk belajar dah kurang sikit ni. Orang kata mood cuti tak habis lagi. Nak tak nak kena dan terpaksa buang la jugak mood cuti ni. Kalau tak susah nanti belajar pun tak dapat apa-apa input dari pensyarah. Mungkin ramai juga antara anda yang baru balik dari cuti macam saya.

Apa yang saya ingin kongsikan dalam post kali ini adalah mengenai ciri-ciri kebahagiaan dan kecemerlangan yang sejati bagi seorang pelajar. Sebelum itu saya ingin menerangkan secara ringkas dan mudah apa itu kebahagiaan. Kebahagiaan itu ada kaitannya dengan kekuatan jiwa, kerohanian atau lebih tepat lagi keagamaan. Sekiranya kita dapat menguasai, menghayati dan memenuhi segala kehendak yang dituntut dalam agama islam, kita akan merasa lebih bahagia dan hidup kita akan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat.

Berbalik kepada kehidupan saya mahupun anda sebagai seorang pelajar atau penuntut dalam apa juga bidang ilmu. Apakah sebenarnya ciri-ciri kebahagiaan sejati yang saya mahupun anda inginkan. Ciri-ciri kebahagiaan yang bagi seorang pelajar ataupun penuntut adalah:

Mempunyai hala tuju dalam perjuangan dan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar atau penuntut ilmu anda perlu mempunyai hala tuju dan cita-cita supaya anda akan sentiasa bersemangat untuk terus menuntut ilmu itu. Jika anda hanya belajar tanpa mempunyai niat dan matlamat yang betul anda hanya membazir masa dan seolah-olah anda tidak tahu kenapa anda belajar. Sudah tentu anda belajar untuk berjaya kan?. Tiada orang yang belajar tapi tidak mahukan kejayaan. Kejayaan yang dikecapi adalah satu kepuasan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda. Walaupun orang lain tidak nampak tapi anda yang mengetahuinya dan merasai kejayaan itu.

Sebagai seorang pelajar kita perlu sentiasa beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah supaya kehidupan kita akan lebih tenang dan bahagia. Ramai

Story new the canadian pharmacy silagra always I brighter lighter.

orang yang telah berjaya tetapi mereka tidak pernah merasa bahagia. Kenapa terjadi begitu?. Ini kerana mereka hanya sibuk mencari kejayaan sahaja tapi mereka semakin lama semakin jauh dengan Allah dan mereka telah kehilangan erti kebahagiaan sebenar walaupun mereka telah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah yang kejayaan kita di dunia ini hanya sementara dan kejayaan yang sebenar adalah akhirat. Dekatkan lah diri dengan Allah supaya kita mendapat kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.

Sebagai seorang anak ,kita sebenarnya memerlukan kasih sayang dari ibu dan ayah. Ini kerana jika ibu bapa kita membenci kita adakah kehidupan kita sebagai pelajar akan berkat?. Sudah tentu tidak sama sekali. Kasih sayang dari ibu bapa dapat memberi dorongan dan semangat kepada anda untuk terus menuntut ilmu. Malah segala ilmu yang anda tuntut akan lebih mudah anda menerimanya kerana mendapat keberkatan dan doa dari kedua ibu bapa anda. Sayangilah kedua ibu bapa anda nescaya kehidupan anda sebagai seorang pelajar akan sentiasa didalam kebahagiaan.

Bagi seorang pelajar mempunyai kesihatan yang baik adalah penting bagi supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan ceria dan bahagia. Untuk mendapat kesihatan yang baik adalah melalui permakanan yang sihat, riadah yang terancang, rehat yang secukupnya, rekreasi yang sempurna, masa belajar yang teratur dan banyak lagi. Jangan jadikan alasan yang anda terlalu sibuk sehinggakan anda tiada masa untuk menjaga kesihatan anda sendiri. Kesihatan yang baik adalah penting untuk menikmati kebahagiaan.

Kita boleh melihat kebahagiaan seseorang itu dengan mudah dari segi fizikalnya. Tapi hatinya kita tak tahu la kan. Jika kehidupan anda sentiasa tenang dan bahagia orang akan dapat melihat melalui penampilan anda. Mereka dapat melihatnya diwajah anda. Sama ada wajah anda ceria ataupun tidak pada hari itu orang dapat mengagak yang anda mempunyai masalah ataupun tidak. Begitu juga dengan pakaian anda, jika pakaian anda tidak kemas dan sentiasa selekeh itu menunjukkan anda tidak pandai menguruskan diri. Walaupun anda mempunyai banyak masalah sekalipun cubalah untuk ceriakan wajah anda dan kemaskan penampilan diri dan pakaian anda. Bukan nak hipokrit tapi itu sebagai tanda yang kehidupan anda sentiasa ceria dan bahagia.

Sebenarnya jiwa yang tenang dan bahagia itu lahir dari hati yang bersih dan suci. Jika hati yang kotor kerjanya setiap hari hanya duduk mengutuk, menghina dan mengumpat orang lain. Adakah dengan melakukan perkara seperti itu akan membuatkan kegidupan lebih bahagia?. Sudah tentu tidak. Jika itu yang anda lakukan maka orang akan membenci anda dan kehidupan anda tidak akan bahagia sekiranya orang membenci anda. Jagalah hati anda supaya sentiasa bersih dengan banyak berzikir, berselawat, membaca al-Quran dan melakukan amal soleh. Hati yang bersih melahirkan jiwa yang tenang seterusnya menjadikan kehidupan yang bahagia.

Sebagai kesimpulannya, sebuah kebahagiaan yang sejati adalah apabila kita berjaya menjalani kehidupan seharian kita dengan penuh berkualiti, sihat sejahtera, aman serta gembira. Cuba anda renungkan kembali kedalam diri anda, adakah anda sering sakit, murung, kecewa, tidak puas hati, resah dan bimbang. Itu menunjukkan yang anda belum mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang hakiki bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat kelak. Orang yang bahagia akan sentiasa cemerlang didalam kehidupannya.

Saya harap dengan perkonsian kali ini ia dapat memberikan banyak motivasi kepada anda juga diri saya sendiri sebagai seorang pelajar untuk lebih berjaya dengan cemerlang di masa hadapan. Semoga kita mendapat banyak manfaat bersama;).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

2 Responses to “Ciri-ciri Kebahagian Dan Kecemerlangan Yang Sejati”

  1. nama domain says:

    Saya tahu website ini dari search engine dan setelah di baca artikel yang anda suguhkan benar-benar bermutu dan layak untuk di baca ^^

Leave a Reply


CommentLuv badge