Aug
30
2010

Hari Terakhir Di Perantauan

Assalamualaikum. Semasa saya sedang menulis entri kita sudah pun memasuki fasa 10 terakhir bulan Ramadhan. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan ganjaran malam al-Qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam ini segala amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Bertuahlah bagi sesiapa yang melakukan amal ibadat pada malam itu.

Hari ini juga adalah hari yang terakhir saya akan berpuasa di tempat orang. Ini kerana pada hari esoknya  iaitu 31 haribulan ogos 2010 saya sudah pun pulang bercuti di kampung. Dah lama tak balik kampung ni. Tak sabar jugak rasanya nak balik rumah sebab rindu untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan berbuka puasa bersama-sama dengan mereka.

Ditambah pula dengan tekanan yang banyak semasa belajar kat universiti ni seperti assignment, kuiz, projek dan banyak lagi kerja nak kena buat. Tapi biasala tu adat sebagai seorang penuntut ilmu tak dapat lari dari banyak kerja nak kena buat. Harapnya bila balik rumah ni dapat tenangkan fikiran sekejap dari tekanan belajar ni.

Aktiviti blogging saya masih dapat berjalan seperti biasa kerana saya masih ada talian internet apabila bercuti di kampung. Terima kasih kepada Celcom Broadband yang telah membantu..hehe. Tapi bergantung kepada talian internet kat kampung sama ada ok ke tak. Kalau talian internet ok kat sana maka akan aktif la saya berblogging nanti. Harap-harap nanti akan ok la. :)

Pada 31 haribulan ogos 2010 iaitu tarikh semasa saya balik kampung esok juga adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 kepada semua rakyat Malaysia. Bertuahnya kita kerana dapat tinggal di negara Malaysia yang aman dan sejahtera ini. Kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana kita dapat menikmati kemerdekaan negara kita pada hari ini.

Hanya itu saja perkongsian saya pada entri ringkas kali ini. Semoga kita akan berjumpa lagi pada entri yang akan datang apabila saya sudah selamat sampai bercuti di kampung nanti. Harap semua sahabat-sahabat dapat mendoakan keselamatan saya dalam perjalanan pulang ke kampung esok. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Responses to “Hari Terakhir Di Perantauan”

  1. zik says:

    semoga selamat sampai dan pulang… bro…
    zik recently posted..Mengapa sahur itu penting

  2. Mr.Z says:

    selamat menyambut hari merdeka bro.
    dan semoga selamat pulang ke kampung halaman.. :)
    Mr.Z recently posted..Hormat-Menghormati dan Etika Dalam Berblogging

  3. pawaka19 says:

    selamat pulang ke kg.halaman..moga selamat sampai

    “13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”

  4. hanif says:

    Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 5 bro..Awalnya balik kampung..best tu..
    hanif recently posted..Duit Raya Sehingga RM200 Untuk Dimenangi

  5. tehr says:

    selamat pulang perantau
    hati2 di perjalanan
    selamat raya – maaf zahir batin
    tehr recently posted..Lagu Kebangsaan

  6. kulanz says:

    Selamat bercuti bro,
    hati-hati dalam perjalanan, moga selamat sampai ke rumah..
    kulanz recently posted..Kekuatan sebenar terletak pada hati

  7. zahida says:

    awalnye balik. seronok la. kampung kat mana?
    zahida recently posted..Mentaliti membentuk sikap

  8. etomyam says:

    selamat merdeka dan selamat balik kampung bro :D
    etomyam recently posted..Beginilah Rasanya

  9. Erlina WT says:

    semoga selamat tiba dikampung tercinta

  10. Wan says:

    ambil kesempatan 10 malam terakhir
    moga selamat semuanya
    Wan recently posted..Aku Lihat Layu dalam Melayu

  11. asyraf azmin says:

    selamat2lah belakonyoh..lamo tok dengar kabar demo..harap2 sht sokmo2lah deh (n_n)
    asyraf azmin recently posted..TABARRUJ di facebook

  12. suri says:

    salam merdeka sahabatku..
    semoga selamat pergi dan balik…

  13. Nine says:

    Selamat balik kampung Bro sahabat kut..semoga bro berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu yer ..:)

  14. zezebel says:

    Selamat balik kampung.
    Apa cerita best kat kampung yang boleh kongsi dalam blog?
    Hehehehehe….
    zezebel recently posted..Gecko tokay tokek price

  15. Haeruna says:

    bawa angpao yang banyak ya
    Haeruna recently posted..Easy Cash- THR dari Facebook

  16. suri says:

    pasti detik itu takan dilupakan…byk memori byk kenangan di cipta…phit manis mjdi satu..

Leave a Reply


CommentLuv badge