Keburukan Dalam Kenyang
Salam sejahtera. Berbuka puasa adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Tapi janganlah semasa berbuka kita mengambil makanan yang banyak hingga terlalu kenyang. Ramai orang yang berbuka puasa dengan begitu banyak sekali hidangan makanan untuk dimakan. Alasannya kerana berpuasa pada siang harinya. Jadi pada malam harinya semasa berbuka mereka makan dengan terlalu banyak hingga terlalu kenyang.
Kenyang adalah satu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita. Sebab itulah berpuasa dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kita. Antara beberapa keburukan yang datang dari perut yang kenyang adalah:
1) Perut yang kenyang akan memalingkan hati manusia daripada perasaan takutkan Allah. Ini kerana apabila nafsu dalam diri mereka telah dipenuhi dengan kenyang. Maka perasaan takut kepada Allah akan hilang dalam diri. Seseorang itu tidak lagi merasa takut untuk melakukan dosa-dosa semasa mereka sedang kenyang.
2) Memalingkan rasa belas kasihan terhadap orang lain kerana hati orang yang kenyang akan menyangka dan merasa bahwa semua orang adalah kenyang sepertinya. Semasa berada dalam keadaan kenyang seseorang itu akan lupa kepada orang lain yang sedang berada dalam kelaparan. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kenyang dan orang lain juga sedang kenyang sepertinya.
4) Menjadikan diri berat untuk taatkan perintah Allah. Contoh mudah yang berlaku pada bulan Ramadhan adalah orang makan dengan terlalu banyak dan terlalu kenyang akan merasa malas untuk melakukan ibadah solat terawih pada malam harinya. Ini kerana perut yang kenyang akan membuatkan mereka malas untuk melakukan ibadat kepada Allah.
5) Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata-kata yg benar. Biasanya orang yang sedang kenyang akan berat hatinya untuk mendengar nasihat dari orang lain. Apabila mereka melakukan kesalahan dan dinasihati oleh orang lain maka mereka berat untuk menerima nasihat dan teguran baik yang diberikan kepada diri mereka.
6) Kebanyakan penyakit dalam diri kita kebanyakannya datang dari apa yang kita makan. Salah satu keburukan makan terlalu kenyang adalah ia akan membawa kepada banyak penyakit. Ini kerana apa yang masuk dalam perut kita akan membawa kepada banyak penyakit jika permakanan kita tidak dijaga dengan baik.
Apa yang penting adalah bersederhana dalam permakanan kita seharian terutamanya dalam bulan puasa ni. Bulan puasa inilah masa untuk kita mendidik diri kita supaya tidak makan dengan banyak dan terlalu kenyang. Bulan puasa jugalah untuk kita belajar bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Selamat berbuka puasa diucapkan.
P/s: Dah nak masuk waktu berbuka puasa ni. Selamat berbuka puasa saya ucapkan kepada semua yang berpuasa..






makan hanya sekadar perlu
bukan makan segala yang ada
…air pun saya hanya minum segelas sahaja waktu berbuka
letih bila terlebih minum
tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Pertama
betul tu makan hanya mengikut keperluan je bukan ikut nafsu..hehe
udah ngerasain buruknya saat kekenyangan abis buka puasa ..
sama la kita..saya pun dah merasainya juga..
memang kalau dah terlampau kenyang, rasa berat je badan nak lakukan aktiviti lain.. kena hindari ni.. jangan terlampau kenyang sangat..
Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan
betul tu kalau dah terlampau kenyang sangat memang susah nak buat aktiviti yang kita suka..
thoha kcing yang kt atas tu cmel..suri namkan si montOK HEEE..
membazir tu saudara sepupu papat syaitan..hee
makan kalau dah terlampau kenyang, nak bergerak pun dah jadi malas, aku sekarang dah cuba untuk kontrol pemakanan
mijie recently posted..Petua parking kereta di shopping complex
sama2 kita kawal permakanan kita bro..bulan puasa ni harap2 dapat kawal la sikit permakanan..
perkongsian yang menarik bro thoha, memang elok sederhana dalam semua perkara
etomyam recently posted..Lawak La Kot
bersederhana dalam semua perkara itulah yang terbaik bro..banyak lagi yang nak kena jaga
berhenti sebelum kenyang… beli makanan pun sikit2 jer..kalau banyak pun tak habis..membazir je… biar sikit asal habis.. syukran2 bro.
zik recently posted..Zikrihusainicom tukar header baru
kalau beli makanan banyak2 susah juga nak habiskan..kalau dapat habiskan mesti jadi terlalu kenyang..hehe
kalau kenyang,mmg kita malas melakukan ibadah..tidak dinafikan berlaku pada diri aku..bln posa ni..tp aku cuba elakan
masa memasak pun, masak cukup-cukup je, kalau boleh tak ada yang tinggal tersisa
klcitizen recently posted..tadika
Makan sehingga kenyang sebenarnya boleh melembabkan otak kita untuk berfikir perkara yang berkaitan dengan pengiraan.
Zazali Nordin recently posted..Mulakan perniagaan affiliate
sekrang banyak penyakit berpunca dari makanan,kena pula kat negara kita mcam2 jenis makanan yang ada..
hanif recently posted..Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog Ini
Entry yang sangat baik! Dari sini kita boleh nampak kenapa sebenarnya kita disuruh berpuasa kan.
Selamat Berpuasa ya!
Nia recently posted..Jangan Tengok Kalau Rasa Tak Tahan!
Salam.
Patutla kenapa setahun sekali kita disuruh berpuasa. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.
zezebel recently posted..Bank in Kota Marudu
memang tak elok dan juga tak baik untuk kesihatan kalau kita makan sampai terlalu kenyang,kalo kenyang sangat rasa nak tido jer, kang lupa nak solat plak hehe..
selamat berbuka juga bro Thoha
Nine recently posted..PERSONAL Kereta Lama Untuk Dijual
kadang2 kite lupa…bila berbuka lihat makanan mengikut nafsu, sume hendak. tapi kapasiti perut sebenarnya kecik saja..last2 membazir. bila perut sudah terlalu kenyang nak beribadah pun dh xlarat. last2 dr mahu mengejar pahala di bulan puasa, doa pula yg kite perolehi
harini buka kuih muih sahaja, nnti sahur baru makan nasi..
selamat berbuka sahabatku..sblm makn jgn lupa bca Bismillah..
makan selepas lapar
berhenti sebelum kenyang
makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang..
makan sederhana memang bagus, tak berat badan.. tak berat hati..
Kulanz Salleh recently posted..Durian Juadah Berbuka Puasa
bahaya kenyang sangat ni sebab ianya akan memudaratkan diri sendiri nanti
ishak recently posted..Cabaran getir seorang blogger biasa
kalu pergi bazar mmg tak leh tahan tgok sumer sedap!
tapi u must prepare la wallet dgn RM berkepuk2.
baru dpt makan sedap2 tu. tah sedap idak.
jinjing la berplastik2 makanan. yg mgkin cecah >RM30.
pastu balik berbuka dah nyesal. sbb tak abis.
kenyang sampai tak bole nk buat ape2. haha.
moralnye : jgn la makan berbuka sampai tak ingat dunia.