Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak limpahanan  rahmat di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.

1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.

5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.

7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

Posted in: Tazkirah

Leave a Comment: (22) →

22 Comments

  1. suri August 16, 2010

    salam..
    subahanallah indahnya kedatangan Ramadhan ni.. sebab itulah ramai org berlumba2 utk mcri keretdaan, keimanan dan pahala dariNya..

    selamar berpuasa sahabatku.. smg ceria dan shta sllu heee

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      selamat berpuasa juga..insyaAllah sentiasa sihat dibulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni..moga suri pun sama gak sihat ceria disamping keluarga.. :)

      reply
  2. AyieBlog August 16, 2010

    Salam,barakllah semuga dibulan ramadhan kita dirahmati dan dberkati allah swt,amin :) ,bulan keampunan dan ketaqwaan :) ,syukron2 :) .
    AyieBlog recently posted..Percuma Tak Perlu Bayaran Pun

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      semoga kita sama dirahmati dan diberkati oleh Allah dibulan yang mulia ini..:)

      reply
  3. tehr August 17, 2010

    salam
    oleh sebab semua syaitan telah diikat, sekarang tanya diri je mahu atau tidak beramal dalam bulan yang mulia ini
    …insyaallah ramadhan membawa keberkatan untuk kita
    tehr recently posted..Hidup Kita

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      semuanya bergantung kepada diri sendiri sejauh mana kita menghayati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni.. :)

      reply
  4. pawaka19 August 18, 2010

    mudah2han badan ini ringan tulang menunaikan ibadah..selamat menyambut ramadhan…moga diberkati Allah SWT

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      sama2 kita meringankan tulang dan ikhlas dalam melakukan amal ibadat.. :)

      reply
  5. etomyam August 18, 2010

    semoga dapat keberkatan di bulan mulia ini
    etomyam recently posted..Rampasan Kuasa Myjazmaniecom

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      betul bro..sama2lah kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ni..

      reply
  6. mrnamie August 18, 2010

    selamat menyambut bulan ramadhan, bulan yang mulia ini… harap dipermudah segala urusan kita sepanjang bulan ramadhan ni ye
    mrnamie recently posted..Niat tidak menghalalkan cara

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya..

      reply
  7. zezebel August 18, 2010

    Salam.
    Semoga amalan diberkati di bulan Ramadhan ni.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
    zezebel recently posted..WW- Share your broadband service provider

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      salam..insyaAllah semoga amalan kita akan diberkati..

      reply
  8. zik August 18, 2010

    bulan ramadhan kena pulun sebanyak mungkin pahala… yang penting ikhlas… insyallah
    zik recently posted..Spesis babi berbulu

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      ikhlas itu penting dalam apa juga amal kebaikan yang kita lakukan.. :)

      reply
  9. ishak August 19, 2010

    ramadhan memang penuh keberkatan…..rezeki murah..tadi bila berbuka masak 2 lauk jer..tapi bila jiran sebelah hantar makanan bertambah jadi 6 lauk..alhamdulillah cukup untuk sampai sahur

    reply
  10. Nine August 19, 2010

    banyak kelebihan2 n ganjaran yang Allah berikan kepada kita di bulan ramadhan yg mulia nih..
    Nine recently posted..Response cached until Thu 19 @ 15:01 GMT (Refreshes in 49 Minutes)

    reply
    • Thoha Sukses August 20, 2010

      bersyukrlah kita kepadaNya kerana banyak ganjaran dibulan yang mulia ini..

      reply
  11. Erlina_WT August 24, 2010

    ini adalah bulan yang paling dinantikan umat muslim seluruh dunia

    reply

Leave a Comment

CommentLuv badge