Posted on 7 Comments

Ketahui Rahsia Menarik Kekayaan Dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan!

amalan baik untuk mindaSalam sejahtera.

Artikel ini saya ingin berkongsikan tentang satu ilmu yang menarik iaitu “Hukum Tarikan” atau “Law Of Attraction”. Kita sememangnya mampu untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Tidak kiralah samada ianya positif ataupun negatif, ianya bergantung kepada apa yang kita inginkan. Sememangnya hukum alam tidak akan mendiskriminasi kepada sesiapa pun, ia hanya bertindak balas kepada apa yang kita inginkan.

Pemikiran ataupun minda anda adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan ini. Bermula dari pemikiran andalah yang seterusnya akan mencipta dunia luaran anda. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam minda anda, anda boleh mencipta kehidupan yang anda inginkan.

Lihatlah sedalam-dalamnya tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan dapat membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan ini.

Mulakan dalam diri anda dengan menunjukkan kasih sayang anda kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan rasuah.

Dengan melakukan contoh yang diberikan, anda telah menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda boleh jadi susah untuk kaya. Justeru itu, anda hendaklah memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan.

Anda perlulah sentiasa ingat bahawa setiap dari pemikiran anda boleh menjadi menjadi suatu realiti. Mulai sekarang, kawal pemikiran anda dengan sebaiknya. Setiap pemikiran adalah seperti benih dalam kebun.

Anda haruslah menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan yang baik untuk mendapat hasil yang baik pada masa hadapan. Ianya akan membawa kepada hasil yang lebih cepat apabila anda menggunakan Hukum Tarikan.

Kita hendaklah selalu bersyukur diatas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita pada setiap masa. Berterima kasih akan membawa anda untuk lebih dekat kepada impian-impian yang anda inginkan.

Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda. Adakah anda inginkan lebih kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda?

Ketahuilah tentang rahsia yang akan mengubah hidup anda agar lebih kaya dan berjaya. Malah anda mampu untuk memiliki apa sahaja kebahagiaan yang anda inginkan dalam hidup ini.

Tidak mustahil untuk anda berjaya jika orang lain boleh berjaya. Apa yang penting anda perlu tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini. Seterusnya anda akan dapat memiliki kejayaan tersebut dengan adanya Hukum Tarikan ini.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang Rahsia Hukum Tarikan ini anda boleh memiliki ebook Rahsia Menarik Kekayaan dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan”. Ianya pasti akan memberi banyak manfaat kepada diri anda.

KLIK SINI UNTUK BELAJAR RAHSIA TARIK KEKAYAAN DENGAN HUKUM TARIKAN

JOM SHARE

7 thoughts on “Ketahui Rahsia Menarik Kekayaan Dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan!

  1. orang kata
    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    asal rajin dan kena caranya
    kejayaan akan tiba juga

  2. kelebihan ni manusia selalu
    salah guna.lihat apa terjadi
    apa bangsa yahudi.

  3. anda adalah apalah yang anda fikirkan… betul!

  4. doa tu penting.
    kan?

    1. Betul sangat2 tu..Doa adalah senjata yang paling penting orang islam..

  5. segalanya bermula dari minda

    1. Betul tu bro..bermula dari minda kita, kita pasti akan dapat memiliki apa sahaja yang kita inginkan..insyaallah.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *