Jul
08
2010

Kuasa Fan Page Facebook

Salam sejahtera.

Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.

Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.

Saya pun ada juga membuat fan page facebook untuk untuk blog saya ni. Saya masih baru lagi buat fan page ni kerana saya pun baru tahu fan page facebook ni terlalu banyak kelebihannya. Ini kerana sebelum ini saya hanya menggunakan group facebook sahaja. Sekarang saya telah beralih ke fan page facebook pula. Jika anda berminat anda juga boleh sertai fan page facebook saya. :D

Fan page facebook vs Group facebook

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan kedua-dua fan page facebook dan juga group facebook.

Apabila setiap kali anda update status di wall fan page facebook ianya akan keluar pada home setiap ahli fan page  facebook anda. Sama juga seperti update status pada profile facebook anda akan keluar pada home rakan-rakan facebook anda. Ianya berlaku secara viral. Kalau group facebook pula setiap kali anda update status di wall group facebook ia hanya kekal di wall group facebook itu sahaja. Bila ahli masuk ke wall group facebook itu baru dapat baca apa yang anda tulis di wall group tersebut. Itulah sedikit kekurangan group  facebook berbanding fan page facebook.

Fan page facebook juga mempunyai beberapa application yang anda dapat digunakan untuk meletakkan banner dan sebagainya. Ia tidak terdapat pada group facebook. Ini menjadikan fan page facebook lebih menarik berbanding group facebook. Kalau nak jadikan fan page facebook seperti ministe (laman web mini) pun boleh tapi kena mahir juga la nak buat minisite ni.

Sekiranya anda mahu membina fan page facebook, anda boleh buat melalui link dibawah ni. Kejap je dah siap buat fan page facebook anda sendiri.

http://www.facebook.com/pages/create.php

Sebagai kesimpulan, fan page facebook merupakan satu ruang yang patut dimanfaatkan sepenuhnya jika anda seorang blogger, usahawan, professional dan ramai lagi. Jika anda rasa anda perlu guna sekarang anda boleh gunakannya, kalau rasa tidak perlu guna mungkin belum sampai masanya lagi.

Kuasa fan page facebook ini mampu memberikan manfaat kepada anda dan juga orang lain jika anda pandai memanfaatkannya sebaik mungkin. Jangan pula ia disalah gunakan untuk kepentingan diri kita demi mengaut keuntungan semata-mata. Benda yang sangat berguna ni hendaklah digunakan dengan sebaik yang mungkin baru anda juga akan mendapat hasil yang baik nanti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 Responses to “Kuasa Fan Page Facebook”

  1. Eyl says:

    Dah like facebook fanpage tu.hehe. mmg best ade,tp nanti dulu la biar blog ak dikenali bru la buat,hehe.
    Eyl recently posted..Response cached until Thu 8 @ 4:36 GMT (Refreshes in 24 Minutes)

  2. pawaka19 says:

    unlimited la yea..nice info..
    pawaka19 recently posted..Manuskrip Adoft Hitler Sewaktu di Penjara – Dilelong

  3. AyieBlog says:

    Salam,pernah buat fan page last2 pikir tak payahlah blogging pun just suka dan suki :) .

  4. etomyam says:

    amat bersetuju, sudah beberapa bulan berturut2 cpanel saya mencatatkan facebook sebagai referring site paling tinggi ke domain saya:D
    etomyam recently posted..Terima Kasih Advertlets Untuk Cashout

  5. Nadri says:

    bagus info nie..lps nie aku nak buat jugak Fan Page nie..mudah2 ramai yg dtg blog aku..
    Nadri recently posted..Hukum Melabur Dalam ASB -amp ASN

  6. kulanz says:

    teringin juga nak create fan page ni.. tapi blog tak dikenali, kat FB pun tak aktif sangat.. segan plk nak buat..
    kulanz recently posted..Selamat Jalan Therapy Woo Themes

  7. ishak says:

    tapi memang best kalau guna fan fage ni aku walaupun traffic tak seberapa namun hasil nya cukup puas hati…aku rasa kalau tunggu femes untuk buat fan fages suasah sikit tapi buat dulu fan fages sebelum femes kira untuk promotion dirilah
    ishak recently posted..Statistik yang lawak dan melucukan

  8. touya says:

    Ramai diantara kita telah tersilap dengan istilah Page …. Page digunakan untuk membuat promosi atau berhubung dengan audiens/customer/reader dengan lebih dekat … mereka anggap ianya untuk mempromote diri , sebenarnya ia untuk mempromote produk . Sebagai contoh untuk seorang blogger ..bertujuan untuk mempromote entry .

    Anyway ia dipanggil Page bukan lagi Fan Page kalau tak silap
    touya recently posted..Feast memang best -

  9. suri says:

    hai..
    suri tak bt lagi..just ada fb jer..huhu rasa cam bayk pulak nak handle..

  10. tehr says:

    maklumat yang sangat berguna – terima kasih
    tehr recently posted..Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang

  11. broFami says:

    produk Gero memang terbaik sebagai panduan yang lengkap untuk sesiapa yang ingin membina Fan Page FB ni.. malah siap boleh buat minisite lagi kat fan page tuh..
    broFami recently posted..Besar punya

  12. Mr.Z says:

    memang bermanfaat la kalau buat fan page ni kan.. kita pun dapat berinteraksi dengan pembaca blog kita.. :)
    Mr.Z recently posted..Bila Seekor Sotong Berbicara Mengenai Piala Dunia 2010-

  13. zahida says:

    SAYA pun pernah tefikir nak buat fan page untuk blog saya. tapi, tengoklah dulu. kena bagi rajin dan konsisten untuk menulis, pastu baru bersedia nak buat fanpage
    zahida recently posted..Demonstrasi Anti-Yahudi yang Nyata Sia-Sia

  14. miss lolly says:

    tak terpikir ag nak wat FP.

    huwa huwaaaaaa.

  15. Cik Nass says:

    belum masanya untuk bina Fan Page..kot..ekekeekeke.
    Cik Nass recently posted..Sotong- Pelbagai jenis masakan sotong-

  16. aby says:

    saya juga pernah sih buat fan page di fb
    tapi sepi, tak ade yang komen
    aby recently posted..Slank – Jurus Tandur Full Album 2010

  17. chybee says:

    chybee teringin nak ada fan page kt facebook tapi smpai sekarang tak buat2 lagi..teringin gak nak ada org like :D
    chybee recently posted..We Pose He Shoots

  18. Mus says:

    dah jadi seperti kewajipan ada fanpage masing2x dah sekarang ni

  19. chybee says:

    okey chybee dah buat dah fan page chybeelila.com silala join :D
    chybee recently posted..Love-Hate Relationship

  20. Nine says:

    maklumat yang menarik ..tq Thoha berkongsi..suka tengok org wat fan page kat blog..dah like thoha..:)

  21. botak says:

    aku dah lama tahu facebook ni jauh lebih berguna daripada setakat komen kat org lain punya status je..cuma aku belum dapat explore je ape lg kegunaannya..sampailah aku baca entri ni..thanks bro!
    botak recently posted..1st day-pening-2nd day-lets figure out!

    • Thoha Sukses says:

      sama2 juga bro..memang banyak juga yang boleh kita explore lagi kat facebook ni..ada banyak manfaatnya kepada diri kita juga yang menggunakan facebook ni..terima kasih bro :)

  22. ayad says:

    salam..
    thoha.
    jom r join netlog..
    lagi masyuk..
    all around the world..
    yet u can manage ur blog much better maybe ??
    check ur mail ya! ^^

  23. YatieOwner says:

    salam tuan rumah,

    nak tanya, if nak buat fan page facebook ni, create menggunakan akaun facebook yg sedia ada ke? maksudnya, saya ada akaun facebook utk member2 ofic je, then bila da ade blog ni, kira nak buat fan page pula utk blog saya..

    jadi, nak buat fan page tu, nak kena pakai akaun fb yg sama juga ke?
    YatieOwner recently posted..Sana Sini Entry ExamMenyampah Wei!

    • Thoha Sukses says:

      salam.
      ye betul tu..kalau nak buat fan page facebook anda boleh guna akaun profile facebook yang sedia ada je tak perlu nk kena buka akaun facebook lain.

  24. Liyana says:

    Suka dengan artikel anda. Saya pun dapat ramai fan melalui facebook.

    Boleh tak kalau kita tukar link.

Leave a Reply


CommentLuv badge