Jul
22
2010

Kursus-kursus Pengajian Sains Komputer

Salam sejahtera. :)

Sekarang ni dah masuk minggu kedua pengajian di universiti untuk semester ketiga. Dah start semester baru ni rasa macam agak sibuk sikit tapi masih dalam keadaan yang terkawal lagi. Post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kursus-kursus yang saya ambil untuk pengajian semester baru ni. Ini hanyalah sekadar perkongsian mengenai kursus yang saya sedang belajar sekarang ni. Antara kursus-kursus yang saya ambil semester ini:

1) Public Speaking

Public speaking adalah kursus yang wajib diambil untuk semester ini. Kursus ini adalah untuk membantu saya untuk meningkatkan keyakinan diri dan teknik untuk berhubung dan menyampaikan pengucapan awam dengan cara yang normal dan beretika. Saya juga akan diperkenalkan dengan theori-theori dalam berkomunikasi semasa berucap dan persediaan dalam menyampaikan pengucapan awam. Disamping itu saya akan dilatih untuk mengembang, membina dan menguruskan idea kepada pengucapan disamping untuk memberitahu dan menarik perhatian orang yang mendengar. Teknik mendengar dan bercakap juga akan dikembangkan dalam kursus ini.

2) Struktur Maklumat

Kursus ini akan mendedahkan saya kepada kaedah pengaturcaraan dalam penyelesaian masalah yang besar. Bahan yang ada dalam kursus ini mencakupi pengenalan kepada struktur maklumat, senarai pautan, timbunan, giliran, pokok, teknik isihan dan juga kaedah gelintaran. Teknik pengaturcaraan bermodul adalah dititik beratkan.

3) Analisis dan Rekabentuk Sistem

Apa yang saya akan pelajari dalam kursus ini adalah merangkumi tinjauan analisis sistem (definisi juruanalisis sistem dan cirinya), kajian sistem (pemerhatian, soal selidik, temubual, pesampelan, dan carian rekod), peringkat-peringkat mereka bentuk sistem (reka bentuk input/output dan fail), menguji sistem penyediaan kaedah untuk pengguna, pelaksanaan sistem. Dalam kursus ini juga akan mendedahkan saya kepada pakej perisian (CASE tool) dan penggunaannya dalam penyelesaian masalah.

4) Rangkaian dan Komunikasi Data

Dalam kursus ini pula merangkumi skop tajuk pengenalan dan sejarah, teori asas rangkaian, transmisi data dan media, protocol dan piawaian, LAN/WAN serta lain-lain jenis rangkaian.

5) Pengaturcaraan Web

Ini adalah salah satu kursus yang saya minat untuk semester ni. Kursus ini akan memperkenalkan kepada pengaturcaraan web. Ia akan memperkenalkan saya kepada bahasa dan teknik yang boleh digunakan untuk membina aplikasi web. Selain dari itu, saya juga akan didedahkan kepada teknik pemindahan data melalui internet dengan menggunakan pangkalan data.

6) Projek Individu

Saya akan menjalankan satu projek pengaturcaraan atau yang setara dibawah penyeliaan seorang pensyarah. Dalam projek ini saya akan menjalankan satu kajian awal berkenaan tajuk yang dipilih, mereka bentuk sistem dan mengimplementasikannya. Satu laporan cadangan perlu disediakan di peringkat awal projek. Satu laporan kemajuan juga akan disediakan oleh saya semasa projek sedang dijalankan.

7) Rekabentuk Berorientasikan Objek

Akhir sekali dalam kursus ini, akan memperkenalkan konsep-konsep berorientasikan objek di dalam Kejuruteraan Perisian. Saya akan diajar analisis dan rekabentuk berorientasikan objek dengan menggunakan notasi UML dan perisian Rational Rose.

Inilah antara kursus-kursus yang akan saya pelajari sebagai seorang pelajar IT atau sains komputer untuk semester baru ni. Mungkin ramai yang tidak faham tentang kursus yang saya sedang belajar ni  tapi siapa yang belajarl bidang IT (sains komputer) ni akan faham la serba sedikit mengenai kursus-kursus yang saya ambil ni.

Saya menulis diblog ini hanya sekadar berkongsi dengan anda semua mengenai apa yang saya sedang belajar sekarang ni. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau memeningkan anda cuma sekadar perkongsian biasa saja. Setiap orang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sama ada anda kerja atau anda masih belajar. Sama-sama lah kita berkongsi minat dan apa yang kita tahu semoga kita akan mendapat manfaat bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

8 Responses to “Kursus-kursus Pengajian Sains Komputer”

  1. Mr.Z says:

    kursus2 ada yang lebih kurang sy blajar time diploma dulu..
    owh uml, unified modeling languange..btw gud luck ye..
    Mr.Z recently posted..AkuPenglipurlaraCom Kini Berwajah Baru!

  2. zik says:

    owh ada juga subject yang sama… tapi dalam english masa diploma dulu… dalam bm perngaturcaraan web , agak pelik nama dia.. web developing/web programming..
    zik recently posted..Pentingnya post schedule dan draft dalam blogging

  3. botak says:

    number 7 tu bukan OOP ke??
    dulu aku belajar C++..
    wajib utk semua budak engineering..
    lulus cukup makan je..
    nasib baik x kena repeat..
    hehe
    botak recently posted..1st day-pening-2nd day-lets figure out!

  4. etomyam says:

    bagus tu kursus2 yang diambil, banyak ek sampai 7…public speaking tu elok jugak tu untuk bina self confidence…err saya sem ni ambi, dua subject aje hehehe :D
    etomyam recently posted..Promosi Kerja Kahwin

  5. ishak says:

    aku suka main VB seronok gila,dalam pengatatucaraan web,lagi meluas pengunaan tapi still tengok berapa kepakaran kita time kita study
    ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean drama

Leave a Reply


CommentLuv badge