Mar
31
2010

Masa Yang Mustajab Untuk Berdoa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menduduki exam kepada yang sedang menduduki exam sekarang ni ye. Dimasa sekarang kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat juga. Doa adalah senjata bagi seorang muslim. Dengan doalah juga hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih dekat sebagai seorang hamba yang bertakwa.

Semasa berdoa anda hendaklah menjaga adab-adab tertentu supaya doa anda akan lebih diberkati. Didalam anda berdoa ada tempat-tempat dan masa-masa tertentu yang mustajab untuk anda berdoa. Di antara masa-masa mustajabnya doa adalah:

1) Ketika hendak memulakan solat dan setelah selesai menunaikan solat.

2) Waktu di antara azan dan iqamah.

3) Ketika sujud dalam solat.

4) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

5) Ketika iktidal akhir dalam solat.

6) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.

7) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

8 ) Semasa bulan Ramadhan dan Lailatul-Qadar.

9) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

10) Ketika hujan turun.

11) Di waktu malam.

12) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua. Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan doa kepada Allah agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita di dunia dan akhirat. Ambillah peluang untuk berdoa di masa-masa yang mustajabnya doa ini. Salam kejayaan kepada sahabat-sahabat semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Responses to “Masa Yang Mustajab Untuk Berdoa”

  1. faizal says:

    salam..
    doa juga mesti disertai dengan keyakina. kadang2 kiat berdoa tapi hati kita dan perbuatan ke arah lain. tu yang susah nak dapat apa yng kita minta.
    nasihat tuk diri sendiri gak.hehehehe

    p/s:by d way,tahniah, anda dapat award..visit web saya..hehehe

  2. suri says:

    salam..ia mengingatkan suri pada zaman peperiksaan..huhu.pmr, spm huhu..takut ho time tu rasa sjuk semacam je..

    tingkatka daya ingatan dan jagn makan jajan selalj..hehe

Leave a Reply


CommentLuv badge