Jun
22
2010

Menghargai Masa Remaja

Assalamualaikum.

Masa remaja adalah masa yang paling menyeronokkan betul tak? Masa remaja inilah dimana kita sedang mencari identiti diri kita yang sebenar untuk menempuh kehidupan dunia yang mencabar dimasa hadapan. Pengalaman di alam remaja ini akan akan dibawa ke alam dewasa dan bakal mencorak kehidupan kita dimasa hadapan kelak. Semasa berada di alam remaja banyak ujian dan cabaran yang terpaksa anda hadapi.

Masa remaja inilah kita semakin mengenal erti kehidupan. Ini kerana sebelum ini kita berada di alam kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak anda masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Pada masa remaja inilah anda semakin mengenali siapa diri anda, apa yang anda minat, siapa calon yang anda suka dan banyak lagi perkara.

1) Pada masa remaja inilah anda perlu menghargai setiap masa yang ada. Jangan sia-siakan masa yang anda ada dengan melakukan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dengan membuang masa, merempit di jalanan, berdating dengan pasangan dan banyak lagi. Sebaliknya anda hendaklah gunakan setiap masa yang ada dengan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin kerana di masa remaja ini anda masih belum mempunyai dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab yang berat berbanding dengan orang dewasa.

2) Semasa di alam remaja, minda dan ingatan seorang remaja masih lagi segar dan kuat. Gunakan ia dengan sesuatu yang dapat memberi berfaedah dan berharga kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sewaktu remaja ini banyakkanlah membaca, belajar dan mengulangkaji segala ilmu yang banyaknya di alam semesta ini. Ilmu Allah itu sangat luas mungkin anda tidak mampu untuk mempelajari semuanya tapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan anda selagi terdaya. Jadikan budaya menuntut ilmu sebagai hobi anda pada setiap masa.

3) Ilmu yang anda tuntut bukan hanya perlu tertumpu kepada ilmu-ilmu akademik yang dipelajari disekolah atau di universiti sahaja. Sebaliknya cuba terokai ilmu-ilmu lain selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat islam. Apabila anda mendalami ilmu dalam banyak bidang lain ia akan dapat memberikan kekuatan dan membuatkan anda menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Anda juga tidak akan mudah diperdaya oleh orang lain yang lebih dewasa dari anda walaupun mereka mempunyai lebih banyak pengalaman dari anda.

4) Setiap tindakan yang anda lakukan adalah melambangkan kebijaksanaan dan kematangan anda dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap tindakan yang anda lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain disekeliling anda. Jika buruk tingkah laku anda maka buruklah pandangan orang lain terhadap anda. Walaupun masih di alam remaja, sentiasa lakukan perkara yang membawa kebaikan dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini kerana orang lain akan menyukai sikap anda dan akan menghormati anda walaupun anda masih seorang remaja. Buatlah sesuatu perkara yang akan menyenangkan hati sesiapa sahaja yang berada disekeliling anda.

5) Memang ramai remaja yang berpendapat yang di alam remaja ni adalah masa untuk bersuka ria, berseronok, bergembira dan sebagainya. Memang tidak salah untuk hidup bersuka ria dan berseronok ni namun ianya tidak boleh berlebihan sehingga mengabaikan pegangan agama dalam diri. Ramai remaja yang hidup dalam keseronokan sehingga mengabaikan suruhan dan larangan agama seperti meninggalkan sembahyang, melakukan maksiat antara lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Janganlah kita sebagai remaja hidup dalam kelekaan kerana mengejar keseronokan dunia ini yang hanya sementara saja.

6) Usia ramaja ini masih lagi muda. Jadi, ramai remaja yang beranggapan yang hidup ini masih lagi panjang. Ramai yang sering mengabaikan ibadah terutamanya solat. Ramai yang merasakan yang bila dah tua nanti barulah nak solat. Masa muda ni nak enjoy dulu. Banyaklah mereka punya enjoy..adakah kita merasakan yang hidup kita akan sampai ke tua? Adakah kerana kita muda kita tidak mungkin akan mati? Bagaimana agaknya kalau Allah telah memanggil kita semasa kita masih lagi dalam keadaan yang tidak bersedia di usia yang masih muda kerana sering mengabaikan ibadah.

Sebagai kesimpulan, jangan jadikan kehidupan di usia remaja sebagai sebab untuk kita hidup bebas di usia muda remaja ini. Gunakanlah sepenuhnya masa usia muda remaja anda supaya anda dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Jangan hanyut dan terleka dengan dunia ni  dan menjadi seperti sampah masyarakat yang hanya hidup segan mati tak mahu. Bukan niat saya untuk memburukkan mereka tapi  kalau hidup dalam keadaan yang sedemikian semua orang tidak suka. Ayuh remaja islam bangkitlah, anda adalah pewaris masa depan agama, bangsa dan negara.

 

p/s: Artikel ini saya tujukan kepada sahabat-sahabat yang masih remaja kerana semasa artikel ini ditulis saya masih lagi seorang remaja. Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi saya tidak layak lagi kot untuk memegang gelaran seorang remaja ni..hehe 8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

4 Responses to “Menghargai Masa Remaja”

  1. Wan Perlis says:

    masa remajaku tidak sia2
    pengalaman menjadikan kita lebih matang

  2. zik says:

    masa remaja inilah cabarannya …mencabar iman betul…
    zik recently posted..Jersey untuk dijual

Leave a Reply


CommentLuv badge