Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Assalamualaikum.

Pengalaman berpuasa juga adalah satu pengalaman yang indah dalam hidup ni. Setiap orang akan mempunyai pengalaman masing-masing semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini. Pengalaman bagi setiap orang juga sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Kehidupan saya sekarang adalah sebagai seorang remaja yang masih lagi sedang belajar. Cuma sekarang saya sedang menikmati cuti panjang di kampung. Bila dah lepas hari raya nanti akan mula masuk belajar balik.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan rakan-rakan di kampus tapi tahun ni tidak lagi kerana bulan puasa tahun ni jatuh pada musim bercuti.

Cuti semester pada tahun ni agak lama juga. Jadi tahun ni saya dapat berpuasa sebulan penuh dikampung bersama dengan keluarga. Berbanding tahun-tahun sebelum ni, bila tiba akhir Ramadhan barulah saya dapat bercuti dan berpuasa bersama dengan ahli keluarga dikampung. Tahun ni memang rasa berbeza sikit. Walaupun dahulunya semasa zaman persekolahan dah biasa puasa sebulan dikampung tapi sudah hampir 3-4 tahun saya berpuasa diperantauan kerana belajar ditempat orang.

Bila berbicara soal perbelanjaan, bila bercuti dan berada dikampung la paling jimat sekali. Tak perlu nak keluarkan banyak belanja untuk membeli makanan. Jika di universiti makan dan minum kena tanggung sendiri. Kadang-kadang tidak sedar banyak belanja yang keluar sebab digunakan untuk membeli makanan dan minuman saja. Masa bulan puasa kena beli makanan sendiri untuk berbuka. Tapi dirumah makanan sudah ada disediakan oleh keluarga. Bersyukur sangat kerana rezeki tetap ada walaupun  saya hidup dalam keluarga yang sedehana saja.

Waktu paling diingati setiap kali bulan puasa adalah waktu sahur. Masa kecil-kecil dahulu waktu sahur ni mesti akan makan banyak-banyak sebab takut rasa lapar masa puasa pada esok harinya. Sekarang bila dah besar saya tetap usaha untuk bangun sahur bukan kerana takut lapar tapi bangun sahur kerana ikut sunnah dan mahukan keberkatan dalam sahur itu. Kalau dekat rumah senang nak bangun sahur sebab ada mak yang sentiasa kejutkan. Kat universiti kadang-kadang terlepas juga sahur kerana tidak terjaga sebab tak ada orang kejut.

Setiap kali tibanya musim perayaan mesti akan rasa sedih kerana teringatkan kampung halaman. Maklum la lama tak balik kampung kan. Seronok bila berada jauh dari kampung ni mesti akan teringat dan tak sabar-sabar untuk balik kampung beraya bersama ahli keluarga. Tapi untuk tahun 2011 ni berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. Tahun ni saya awal-awal lagi dah bercuti dan berpuasa penuh selama sebulan dikampung. Tak ada lagi dah pengalaman balik kampung menyambut raya. Tapi tak apa, asalkan dapat beraya bersama ahli keluarga itu pun dah bersyukur.

Hanya setakat itu sahaja untuk penulisan kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi nak cerita tapi cukup la sekadar yang ni saja. Penulisan saya kali ini hanya bersifat umum dan santai sahaja. Berkongsi pengalaman saya dengan pembaca. Alhamdulillah bersyukur kerana diberikan kekuatan oleh Allah untuk melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Bersyukur kerana diberikan rezeki yang sentiasa mencukupi. Semoga nikmat rezeki yang diperolehi akan sentiasa diberkati oleh Allah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

13 Comments for Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge