Jul
03
2011

Penting Tidur Yang Mencukupi

Assalamualaikum.

Tidur adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Tidur adalah suatu nikmat yang akan dirasai oleh seluruh umat manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya, kerana hanya Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kita hendaklah berusaha agar amalan tidur yang kita lakukan setiap hari akan mendapat pahala dari Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan tidurmu untuk rehat.” (An-Naba’, ayat 9)

Waktu tidur yang baik adalah sudah tentunya pada waktu malam hari. Ini kerana waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk manusia berehat setelah banyak melakukan aktiviti pada siang harinya. Kita hendaklah menggunakan waktu tidur malam ini dengan sebaiknya bagi mengelak rasa mengantuk di siang hari. Jika tidak sudah tentu anda akan mengantuk semasa dalam kelas bagi yang masih belajar, atau anda akan mengantuk semasa berada ditempat kerja. Sudah tentu anda akan dimarahi oleh bos anda kerana tidur di tempat kerja.

Mendapat tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja. Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah

Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Ada masalah yang kecil, dan ada juga masalah yang besar. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi sudah tentu ia akan membebankan fikiran anda. Ada banyak perkara yang anda perlu fikiran dan mahu diselesaikan. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.

2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan

Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Apa sahaja kerja yang anda lakukan sudah tentu akan membuatkan tubuh badan anda merasa penat.

Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang mencukupi.

3) Mengembalikan Semula Tenaga

Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan  la tenaga akan semakin bertambah kan? :D

Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.

4) Mengembalikan Semangat Baru

Apabila berlalunya masa seharian banyak perkara yang anda lakukan untuk menghabiskan aktiviti harian anda. Setiap perkara yang anda lakukan pasti akan meninggalkan kesan kepada diri anda. Ada yang meninggalkan kesan baik dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif.

Biasanya semangat seseorang akan mulai pudar jika mereka berada dalam keadaan yang letih dan penat. Ini kerana apabila tubuh badan berada dalam keadaan yang penat, ia akan mempengaruhi fikiran anda. Fikiran anda yang lemah akan menyebabkan semangat anda juga semakin berkurangan. Jadi, untuk mengembalikan semangat dalam diri anda maka anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ambillah masa rehat pada waktu malam untuk dapatkan tidur yang cukup supaya apabila anda bangun pada keesokannya anda akan mendapat semangat yang baru. :)

5) Mengatasi Stress Dalam Diri

Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.

Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.

6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala

Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada  keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

Cara tidur yang paling baik adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda tidur dengan berbaring ke kanan menghadap kiblat dan baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk kamu untuk solat kemudian berbaringlah ke sisi sebelah kanan.”

Tidur juga boleh menjadi suatu ibadah jika kita meniatkannya dengan betul. Baca doa sebelum tidur. Niatkan tidur kita adalah untuk merehatkan badan dan fikiran kita serta memulihkan kekuatan agar dapat bangun kembali untuk beribadah kepada Allah. InsyaAllah tidur kita akan diberkati dan mendapat pahala dari Allah.

Semoga dengan perkongsian artikel ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Anda mempunyai pandangan sendiri untuk dikongsikan berkenaan tidur yang mencukupi? Sila nyatakan di ruangan komen. Saya sangat menghargainya. Sama-sama kita berkongsi untuk manfaat bersama. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 Responses to “Penting Tidur Yang Mencukupi”

  1. Ray says:

    Memang betul tidur yang mencukupi sangat baik untuk kesihatan manusia malah saya juga sangat bersetuju tidur yang cukup juga dapat mengurangkan stress.

    Saya tidur dalam 4 jam je time malam tu pun dalam pukul 2 lebih baru tido. Bila bangun je badan still x fresh dan masih mengantuk. Bila hari minggu je dapat tido lama skit.

    • Nik Thoha says:

      Biasa tu bila kita ada banyak kerja terpaksa tido lambat sampai kol 2-3 pagi. Pastu bangun esok nya mengantuk sangat sebab tak cukup tido..kena tunggu hujung minggu baru dapat tido lama sikit.. :)

  2. EYFAalias says:

    WOW. Nice info. Ada juga info yang eyfa baca kalau x cukup tido boleh jadikan berat badan naik :D

  3. FarzanaAhmad says:

    Salam…Nice Info…thx for sharing …

  4. zakia says:

    kalau terlebih tidur mcmane pulak nik ? hehe

  5. udin says:

    thanks atas perkongsian ni.. :D

  6. tehr says:

    tidur juga melegakan selesema yang aku hidapi ni
    hehe

  7. Ayieblog says:

    Betul tu. Tidur yang cukup penting untuk badan kita. Jangan terlebih tidur, nanti badan pun jadi letih, malas, dan lesu juga.

  8. “Kita boleh beli tilam yang embuk, bantal yang selesa, selimut yang menghangatkan. Tapi kita tak boleh beli tidur yang nyenyak dan tenang.”

    :)

  9. zik says:

    tidur kena cukup, kalau tak memang tak produktif bila kerja/belajar nanti..dah tersengguk-sengguk…huhu

  10. zakia says:

    kia ade review sikit blog thoha.jemput lihat :)

    • Nik Thoha says:

      Wah terima kasih banyak ye cik kia sebab sudi buat review blog saya yang tak seberapa ni..terharu jap rasa..saya hargai sangat2 jasa baik cik kia tu.. :)

  11. suri says:

    salam

    haaa..suka tidur gak waktu tengahari sb pas bangun badan rasa bertenaga sikit.tambah pulak kena dgn air wuduk heeee

    p/s:thnks sb sudi sggah blogsot suri =)

  12. iza says:

    Assalam..
    Skrg ni susah nak dapat tidur yang berkualiti…
    iza recently posted..Akibat Gatal Tangan.

  13. kak ina kl says:

    akak pulak kalau tak cukup tidur boleh pening

  14. eiela says:

    tidur jugak membantu memulihkan sel-sel badan.
    eiela recently posted..Sakit Kepala

  15. Finaz Jaafar says:

    nak tido le cemni!
    Finaz Jaafar recently posted..Besties or Boyfie?

  16. puan tia says:

    hurmm nila salah 1 nikmat yg aku xpernh nak dapat..huhuuh selalu xcukup tidoq…huaaaaa sadis2..
    puan tia recently posted..Tips : Putih telur boleh menghilangkan jerawat

  17. Nine says:

    betul tu bro Thoha..nice artikel lagi…takutkan kalau Allah tarik nikmat tidor…Semua yang Allh cipta semua ada kebaikan untuk manusia…sebab tu kita kena bersyukur pada Nya selalu..:)

Leave a Reply


CommentLuv badge