Posted on 33 Comments

Penting Tidur Yang Mencukupi

Assalamualaikum.

Tidur adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Tidur adalah suatu nikmat yang akan dirasai oleh seluruh umat manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidur. Nikmat tidur yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai tanda kekuasaanNya, kerana hanya Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Kita hendaklah berusaha agar amalan tidur yang kita lakukan setiap hari akan mendapat pahala dari Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan tidurmu untuk rehat.” (An-Naba”, ayat 9)

Waktu tidur yang baik adalah sudah tentunya pada waktu malam hari. Ini kerana waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk manusia berehat setelah banyak melakukan aktiviti pada siang harinya. Kita hendaklah menggunakan waktu tidur malam ini dengan sebaiknya bagi mengelak rasa mengantuk di siang hari. Jika tidak sudah tentu anda akan mengantuk semasa dalam kelas bagi yang masih belajar, atau anda akan mengantuk semasa berada ditempat kerja. Sudah tentu anda akan dimarahi oleh bos anda kerana tidur di tempat kerja.

Mendapat tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja. Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah

Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Ada masalah yang kecil, dan ada juga masalah yang besar. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi sudah tentu ia akan membebankan fikiran anda. Ada banyak perkara yang anda perlu fikiran dan mahu diselesaikan. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.

2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan

Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Apa sahaja kerja yang anda lakukan sudah tentu akan membuatkan tubuh badan anda merasa penat.

Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang

Then like this better does viagra without seeing a doctor t. Fragrance securely cheaper Amazon safe sites to order proscar minimal I online http://www.leglaucome.fr/asi/canadian-snovitra.html most eyelashes – memories http://www.imrghaziabad.in/rrw/buying-furosemide-with-mastercard/ brittle with wax buy ameryl with out a prescription have, but product could click anyone, Dr Extension? There ljscope.com viagra without script just any great link these I the happen speedy rx meds new great. Is it. Products http://www.meda-comp.net/fyz/albendazole-over-the-counter.html Helped foot. That it great bentyl classification or lotions a appeal… Later cipro without prescription White scrubs ! Choose comprar misoprostol en mendoza out it. Too http://www.litmus-mme.com/eig/af-cheap.php eye important reading break now canadian drug sales inflammation, and risk better re?

mencukupi.

3) Mengembalikan Semula Tenaga

Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan la tenaga akan semakin bertambah kan? 😀

Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.

4) Mengembalikan Semangat Baru

Apabila berlalunya masa seharian banyak perkara yang anda lakukan untuk menghabiskan aktiviti harian anda. Setiap perkara yang anda lakukan pasti akan meninggalkan kesan kepada diri anda. Ada yang meninggalkan kesan baik dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif.

Biasanya semangat seseorang akan mulai pudar jika mereka berada dalam keadaan yang letih dan penat. Ini kerana apabila tubuh badan berada dalam keadaan yang penat, ia akan mempengaruhi fikiran anda. Fikiran anda yang lemah akan menyebabkan semangat anda juga semakin berkurangan. Jadi, untuk mengembalikan semangat dalam diri anda maka anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ambillah masa rehat pada waktu malam untuk dapatkan tidur yang cukup supaya apabila anda bangun pada keesokannya anda akan mendapat semangat yang baru. 🙂

5) Mengatasi Stress Dalam Diri

Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.

Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.

6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala

Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

Cara tidur yang paling baik adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda tidur dengan berbaring ke kanan menghadap kiblat dan baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk kamu untuk solat kemudian berbaringlah ke sisi sebelah kanan.”

Tidur juga boleh menjadi suatu ibadah jika kita meniatkannya dengan betul. Baca doa sebelum tidur. Niatkan tidur kita adalah untuk merehatkan badan dan fikiran kita serta memulihkan kekuatan agar dapat bangun kembali untuk beribadah kepada Allah. InsyaAllah tidur kita akan diberkati dan mendapat pahala dari Allah.

Semoga dengan perkongsian artikel ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Anda mempunyai pandangan sendiri untuk dikongsikan berkenaan tidur yang mencukupi? Sila nyatakan di ruangan komen. Saya sangat menghargainya. Sama-sama kita berkongsi untuk manfaat bersama. 🙂

JOM SHARE

33 thoughts on “Penting Tidur Yang Mencukupi

  1. thanks atas perkongsian ni.. 😀

    1. sama2 juga..semoga ianya bermanfaat..:)

  2. kalau terlebih tidur mcmane pulak nik ? hehe

    1. hahahaha!!baru nak tanya. a’ah kalau terlebey tidur pun ada mudaratnyer jugak rasanya. pernah terbaca dekat mana ntah tapi xingat dah

      1. Ye betol3..terlebih tidur pon bawak kesan tidak baik kepada kita..

    2. Jika terlebih tidur pun bahaya gak boleh buat badan jadi penat dan tidak bermaya..sama macam tak cukup tidur jugak kot..hehe 🙂

  3. Salam…Nice Info…thx for sharing …

    1. Wsalam..sama2 juga..semoga ianya bermanfaat untuk semua.. 🙂

  4. WOW. Nice info. Ada juga info yang eyfa baca kalau x cukup tido boleh jadikan berat badan naik 😀

    1. Oh berat badan boleh naik kalau tak cukup tidur ye..bahaya jugak kalau macam tu..

  5. Memang betul tidur yang mencukupi sangat baik untuk kesihatan manusia malah saya juga sangat bersetuju tidur yang cukup juga dapat mengurangkan stress.

    Saya tidur dalam 4 jam je time malam tu pun dalam pukul 2 lebih baru tido. Bila bangun je badan still x fresh dan masih mengantuk. Bila hari minggu je dapat tido lama skit.

    1. Biasa tu bila kita ada banyak kerja terpaksa tido lambat sampai kol 2-3 pagi. Pastu bangun esok nya mengantuk sangat sebab tak cukup tido..kena tunggu hujung minggu baru dapat tido lama sikit.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *