Penulis Jemputan LayarSukses (dot) com

Assalamualaikum.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis dan berkongsi artikel terkini di blog LayarSukses (dot) com ini. Mungkin kerana masa yang tidak berapa mengizinkan dan kerana sedikit sibuk dengan kemasukan ke semester baru pengajian di universiti. Idea untuk menulis sentiasa ada cuma kadang-kadang masa yang menjadi penghalang untuk menyiapkan penulisan bagi idea tersebut.

Baiklah berbalik kepada tajuk yang ditulis di atas, saya ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis jemputan di blog LayarSukses (dot) com ini. Jika anda ingin berkongsikan artikel-artikel menarik yang ditulis oleh anda, maka anda bolehlah terus menghubungi pihak kami.

Artikel yang telah ditulis oleh anda akan diteliti terlebih dahulu supaya ianya bersesuaian dan dapat diterima oleh pembaca blog LayarSukses (dot) com ini. Saya membuka peluang menjadi penulis jemputan ini kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tidak kiralah sama ada anda seorang blogger, usahawan, pelajar atau sesiapa sahaja yang boleh menulis.

Tapi apa kelebihannya jika anda menjadi penulis jemputan di blog ini? Baiklah secara umumnya jika anda menjadi penulis jemputan di blog LayarSukses ini anda akan dapat membina nama dan kredibiliti anda sendiri sebagai penulis. Blog LayarSukses (dot) com mempunyai golongan pembacanya yang tersendiri. Ini juga membuka peluang anda berkongsi idea dengan pembaca blog ini supaya kredibiliti anda sebagai penulis akan meningkat.

Trafik ke blog ini boleh dikatakan stabil (boleh rujuk alexa.com untuk melihat ranking terkini bagi blog ini). Blog ini juga telah mendapat carian di page pertama google untuk beberapa buah artikel yang telah diterbitkan sebelum ini. Saya β€œLet’s all have a great start to the alpine school district year. akan membenarkan anda untuk meletakkan pengenalan diri anda dan juga link ke laman web atau blog anda pada penghujung artikel yang anda tulis. Dengan ini anda juga akan dapat menarik trafik dari pembaca blog ini untuk berkunjung ke blog anda.

Apabila berkongsi ilmu dalam penulisan yang akan dapat dibaca oleh sesiapa sahaja di internet maka anda akan dapat memperolehi pahala yang berterusan selagi ilmu dalam penulisan yang anda kongsikan itu akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Anda tidak akan rugi apa-apa pun malah anda juga akan mendapat pahala kerana ilmu yang anda kongsikan dapat memberi kebaikan dan diamalkan oleh orang lain yang membaca penulisan anda itu.

Apa yang boleh saya katakan disini, selagi wujudnya blog LayarSukses (dot) com di dunia maya ini, maka selagi itu artikel yang anda tulis dan kongsikan dalam blog ini akan terus kekal berada didalamnya. Sesiapa sahaja akan dapat membaca artikel yang anda tulis apabila mereka berkunjung ke blog ini.

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang penulis jemputan di blog LayarSukses (dot) com ini, sila rujuk di bahagian hantar artikel untuk maklumat lebih lanjut. Banyak kelebihannya jika anda menjadi penulis jemputan di blog ini kerana kita melakukan perkara yang akan dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Terima kasih kepada mereka yang berminat menjadi penulis jemputan di blog ini. Saya sangat menghargainya.

JOM SHARE
    1. nizamghazi 30/10/2011
    2. MR.Z 22/10/2011
    3. tehr 17/10/2011

    Leave Comments