Feb
08
2010

Peranan Internet Pada Masa Kini

Sebut saja pasal komputer dan internet sudah pasti ramai yang mengetahuinya. Walaupun budak masih bersekolah rendah pun tahu apa itu komputer dan apa itu internet. Ini kerana dunia internet semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Dan kehidupan kita semua pada hari ini banyak bergantung kepada internet sebenarnya.

Pada post kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai fungsi dan peranan internet dalam kehidupan seharian kita. Terlalu banyak peranan internet terhadap kehidupan kita pada hari ini. Antara peranan internet pada masa kini adalah:

1. Peranan utama internet sebenarnya adalah untuk mencari dan mendapatkan informasi terkini di internet. Siapa yang tidak kenal google ataupun yahoo? Sudah pasti anda mengenalinya terutamanya apabila anda melayari internet. Dengan google saja macam-macam perkara yang anda boleh lakukan sebenarnya. Antaranya adalah mencari maklumat dan informasi terkini di internet. Anda taip saja apa-apa keyword kat google atau yahoo mesti akan keluar laman web atau laman blog yangberkaitan dengan keyword yang anda tulis itu. Cukup mudah bagi anda untuk mendapatkan apa saja maklumat terkini dengan hanya menaip keyword seterusnya pihak google dan yahoo akan mencarinya untuk anda. Anda akan mendapatkan banyak informasi terkini di internet dalam masa yang sangat pantas. Mengapa saya menyebut google dan yahoo? Ini kerana dua laman web ini adalah enjin carian terbesar di internet yang in orang di seluruh dunia menggunakannya untuk mencari informasi-informasi terkini.

2. Jika pada zaman dahulu, untuk berhubung dengan kawan-kawan ataupun orang yang berada jauh adalah menggunakan surat. Tetapi pada masa sekarang anda juga masih menggunakan surat untuk berhubung dengan kawan-kawan yang berada jauh dari anda. Iaitu anda menggunakan surat elektronik ataupun dipanggil email. Hampir setiap orang pada hari ini mempunyai email mereka sendiri. Ia digunakan untuk berhubung dengan orang yang berada jauh dari mereka. Begitulah besarnya pengaruh internet pada masa kini. Anda sudah boleh menghantar dan menerima email dengan hanya menghadap komputer dan melayari internet. Dengan menggunakan internet ianya adalah cepat dan pantas untuk bertanya khabar orang yang jauh dari anda dengan hanya menerusi email.

3. Disamping mencari maklumat internet mestilah satu medium untuk menyampaikan maklumat juga. Kalau tidak ada orang yang menyampaikan maklumat tidak akan ada la maklumat yang dicari di internet itu. Biasanya internet digunakan oleh seseorang untuk menyampaikan maklumat terkini sama ada menerusi laman web ataupun blog. Anda boleh lihat banyak laman web ataupun blog di internet pada masa kini. Contoh mudah adalah laman blog yang anda sedang baca sekarang ini. Saya menulis blog ini adalah dengan niat dan tujuan untuk berkongsi informasi terkini dengan anda semua. Saya hanya menulis di blog dan setiap orang di dunia ini dapat melihatnya. Begitulah besarnya peranan internet dalam memudahkan penyampaian maklumat kepada semua orang.

4. Ramai orang yang suka berbincang ataupun berforum. Jika anda juga menyukainya maka berforum secara online di internet adalah satu medium terbaik. Tetapi anda perlulah mencari forum-forum yang berbentuk motivasi ataupun forum yang boleh menambahkan pengetahuan anda. Dengan berforum anda dapat memberikan pendapat anda dalam sesuatu topik dan anda boleh mendengar pendapat orang lain juga. Dengan ini akan wujud interaksi yang dapat anda kongsikan dan memberikan manfaat bersama. Sebut saja laman web sosial seperti facebook, Friendster, myspace dan banyak lagi sudah pasti ramai yang mengenalinya. Malah saya sendiri juga mempunyai akaun di facebook. Laman web sosial ini digunakan sebagai medium untuk bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan di internet. Kesan pengaruh sama ada baik dan buruknya adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih sejauh mana ia dapat menggunakannya dengan sebaiknya.

5. Berchatting adalah satu yang ramai orang suka untuk melakukannya. Malah saya sendiri juga mempunyai akaun yahoo messenger. Dengan berchatting ia dapat memudahkan saya untuk berhubung dengan kawan-kawan yang berada jauh dari saya. Saya dapat merasakan yang seolah-olah kawan saya itu berada dekat je dengan saya. Anda juga mungkin pernah berchatting dengan kawan-kawan anda  tidak kiralah anda mempunyai yahoo Messenger, Google Talk, Skype dan banyak lagi software yang digunakan untuk berchatting di internet. Berchatting di internet juga sama seperti bersosial di internet. Kesan pengaruh baik dan buruknya adalah bergantung kepada seseorang individu itu sendiri untuk menjadikan baik ataupun sebaliknya. Kalau ianya mendatangkan kebaikan kepada anda tidak salah tapi jika ia lebih banyak mendatangkan keburukan maka seeloknya dijauhkan.

            Apa yang saya tulis dan terangkan mengenai fungsi dan peranan internet pada masa kini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri sebagai pengguna internet. Ada banyak lagi sebenarnya fungsi  dan peranan internet dalam kehidupan seseorang pada hari ini. Walaupun terdapat banyak keburukan juga di internet itu tetapi anda tidak boleh untuk membuangnya terus dari kehidupan anda. Ini kerana anda sebagai pengguna internet perlu menjadi pengguna yang bijak bukannya pengguna yang menyalahgunakan kemudahan yang ada. Internet jika digunakan dengan sebaiknya boleh mendatang terlalu banyak manfaat kepada anda. Andalah yang menentukannya. Tepuk dada tanya iman.

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

            Comments

            Komen

            6 Responses to “Peranan Internet Pada Masa Kini”

            1. zik says:

              betul-betul, internet sekarang boleh buat macam2, bayar bil telepon, internet, transfer duit, ..

              tapi kena beringat.. hehe

            2. Iman Abdullah says:

              Mohon izin copy artikel ni ye.

            3. aiman JUST MEZZ IT says:

              btol banyak faedah dia, but jgn gunakan internet utk keburukan.. INGAT.,…

            4. this karangan was very best and help me to teach my students very easy ……………thank you.

            Leave a Reply


            CommentLuv badge