Posted on 20 Comments

Punca-punca Berlakunya Stress

Salam semua,

Harap anda semua sihat sejahtera pada hari ini tidak stress ye. Stress adalah satu reaksi dari tubuh badan seseorang yang menghadapi banyak masalah di dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh masalah yang biasa dihadapi oleh anda adalah seperti surat pinjaman bank yang tertunggak, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai punca-punca stress yang berlaku pada diri seseorang itu dan mungkin juga berlaku kepada anda. Banyak punca yang boleh menyebabkan berlakunya stress. Antara punca-punca tersebut adalah:

#1 Dalam diri sendiri

Antara punca stress yang paling mudah adalah datang dari dalam diri anda sendiri. Contohnya seperti anda meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi dalam sesuatu perkara yang anda ingin lakukan dan apabila anda gagal untuk mencapainya maka ia akan mendatangkan tekanan kepada anda kerana bersedih.

Anda juga akan mendapat stress apabila anda merasa tidak selamat dalam  sesuatu perkara. Contohnya anda diugut oleh seseorang kerana anda lambat membayar hutangnya, sudah tentu ia akan memberi suatu perasaan takut kepada anda dan ia akan membuatkan anda stress memikirkan perkara tersebut.

Pengalaman zaman kanak-kanak adalah satu kenangan yang manis untuk diingati. Namun ia juga boleh menjadi suatu kenangan pahit sehingga anda dewasa jika anda mempunyai banyak memori yang pahit semasa kecil. Jika pengalaman pahit ini sentiasa diingati sudah tentu ia akan memberikan suatu tekanan atau stress kepada anda.

Dalam kehidupan anda seharian sudah tentunya anda mempunyai banyak peristiwa yang telah atau sedang berlaku. Contohnya anda lambat menyiapkan kerja, anda terlalu sibuk dan banyak lagi. Peristiwa-peristiwa di dalam kehidupan anda ini boleh mendatangkan stress kepada anda jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Perwatakan dan personaliti anda memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Ini kerana melalui perwatakan dan personaliti anda, anda akan berhadapan dengan orang lain. Jika perwatakan dan personaliti anda tidak baik maka anda tidak akan mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.

Di dalam kehidupan anda sudah tentu anda mempunyai banyak dilema yang terpaksa dihadapi dalam membuat keputusan. Contohnya anda pening sama ada mahu memilih yang mana satu tawaran pekerjaan terbaik untuk anda jika terdapat banyak pilihan. Dilema dalam membuat keputusan ini jika dibiarkan terlalu lama akan membuatkan anda stress.

Jika anda seorang ibu atau bapa bagi anda stress keibubapaan ini adalah normal. Ini kerana setiap hari anda terpaksa berhadapan dengan banyak masalah dalam kehidupan keluarga anda. Contohnya masalah anak-anak kerana anda terpaksa melayan kerenah anak-anak yang macam-macam.

#2 Persekitaran sosial

Jika anda terpaksa berpindah ke rumah baru kerana terpaksa atau atas urusan kerja sudah tentu perkara ini akan memeningkan anda. Ini kerana berpindah rumah ni bukan perkara yang senang. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan dalam proses berpindah rumah ini dan ia akan mendatangkan stress kepada anda. Masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru boleh mendatangkan stress. Ini kerana perubahan persekitaran ini boleh membuatkan anda tidak selesa dengan kehidupan anda.

Banyak konflik rumah tangga yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian seperti  penceraian, penderaan, dan banyak lagi yang boleh mendatangkan stress dalam diri seseorang. Contoh yang lain adalah masalah sebelum hendak berkahwin dan kehidupan rumah tangga anda selepas kehidupan berumah tangga ini. Sesiapa sahaja boleh berdepan dengan masalah rumahtangga ini. Banyaknya krisis yang berlaku dalam kehidupan kehidupan ini anda akan membuatkan anda tidak terlepas dari stress ini.

Dalam perhubungan sosial antara anda dengan orang lain perlulah sentiasa dijaga dengan baik. Ini kerana jika anda mempunyai masalah dalam perhubungan anda dengan kawan-kawan, jiran-jiran, ahli keluarga sudah tentu ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik seperti anda akan dibenci oleh semua orang. Ini boleh memberikan kesan stress kepada anda kerana anda akan merasa bersalah atas segala perkara yang telah berlaku. Dan anda juga merasa stress jika tidak lagi dipedulikan lagi oleh orang lain di sekeliling anda.

Setiap hari anda mungkin mempunyai banyak masalah ditempat kerja. Jika anda seorang bos anda mestilah pening kepala memikirkan banyak masalah didalam perniagaan anda. Jika anda kerja dengan orang pula barangkali anda anda selalu dimarahi oleh bos anda yang garang kerana lambat menyiapkan kerja. Masalah-masalah yang berlaku ditempat kerja ini boleh memberikan kesan stress kepada anda.

Biasanya orang yang tinggal dibandar lebih banyak mempunyai tekanan dari mereka yang tinggal dikampung. Ini kerana dibandar terutama sekali jalan rayanya selalu sesak tidak seperti kampung. Siapa yang tidak ada tekanan sekiranya terpaksa menunggu berjam-jam kerana terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dibandar. Kos sara hidup dibandar juga adalah lebih tinggi ini kerana harga barang-barang juga agak mahal.

Masalah yang ini memang ramai yang menghadapinya iaitu masalah kewangan. Setiap hari anda memerlukan wang  yang cukup untuk perbelanjaan makanan, kenderaan, keluarga dan banyak lagi. Tanpa sumber kewangan yang kukuh ia boleh membuatkan anda tidak senang duduk memikirkannya dan boleh memberikan stress kepada anda.

#3 Perasaan dan Psikologi

Setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza dalam diri mereka. Ada orang yang mempunyai semangat kuat dan ada juga yang lemah semangat. Mereka yang lemah semangat inilah yang akan cepat merasa stress jika berdepan dengan sesuatu ujian. Namun begitu perasaan mudah lemah semangat ini boleh diubah jika kena pada caranya.

Jika pernah berlaku perkara yang buruk dalam diri anda seperti suatu tragedi buruk contohnya terlibat dalam kemalangan ngeri. Sudah tentu tragedi buruk itu akan diingati oleh anda sampai bila-bila. Jika anda membiarkan ia dingati sampai bila sudah tentu ia akan memberi kesan yang negatif didalam diri anda kerana anda akan merasa stress.

Kehilangan orang yang dikasihi adalah perkara yang paling menyedihkan didalam hidup ini. Sesiapa sahaja akan menghadapinya pada suatu masa nanti. Perasaan sedih ini akan membuatkan diri seseorang yang kehilangan orang yang dikasihi sentiasa stress dan kesedihan.

Masalah kurang keyakinan diri kadang kala boleh mendatangkan stress  anda. Sebagai contoh jika anda kurang keyakinan diri untuk berucap di hadapan orang ramai sudah tentu anda akan berdebar-debar jika terpaksa melakukannya. Jika anda masih lagi kurang keyakinan diri maka anda akan merasa stress jika terpaksa melakukan lagi.

Semua orang takut untuk gagal. Jangan risau semua pernah merasai kegagalan itu. Yang penting adakah anda belajar dari kegagalan itu. Jika anda terlalu takut untuk menghadapi kegagalan sudah pasti anda akan merasa stress kerana anda memikirkan kegagalan tersebut.

#4 Faktor Biologi

Antara punca lain seseorang itu akan menghadapi stress adalah jika seseorang itu menghadapi penyakit fizikal yang kronik contohnya sakit jantung, kanser, dan sebagainya. Menderita penyakit fizikal yang kronik ini akan membuatkan diri seseorang itu sentiasa diselubungi kesedihan dan kerisauan yang boleh membuatkan diri mereka sentiasa stress memikirkannya.

Apabila berlaku perubahan dalam tubuh ini biasanya berlaku pada remaja. Perubahan yang berlaku pada tubuh mereka akan membuatkan mereka tidak biasa dan akan stress. Biasanya hormon dalam diri seseorang remaja itu boleh membuatkan mereka sentiasa stress.

 

Sebagai kesimpulannya, banyak punca-punca stress yang sebenarnya boleh berlaku dalam kehidupan anda. Jadi anda perlulah bijak untuk mengawalnya supaya stress itu tidak menjadi semakin teruk. Punca-punca stress ini ada yang boleh anda kawal dan ada yang anda tidak dapat kawal. Jadi ia terpulang kepada anda bagaimana anda bijak untuk mengawalnya. Diharapkan dengan perkongsian ini anda dapat mengenal pasti dimana punca-punca stress itu muncul dan anda dapat mengawalnya. Insyaallah.

JOM SHARE

20 thoughts on “Punca-punca Berlakunya Stress

  1. sekarang ni tengah bebas stress..
    dah lama tak stress sebab tak perlu nak tension belajar apa-apa 😛
    Lepas kena sambung belajar nanti baru stress akan timbul kembali..huhu~

    1. seronok la kalau tak rasa stress ni..tengah bercuti ke?

  2. mudah stress skrang… sbb kije x ciap lg~

    1. takpe2..buat keje slow2 ye..hehe

  3. Salam…

    Tgh stress sekarang nie..tapi tak tahu apa puncanya.
    Jom..singgah blog – http://farizul0809.blogspot.com

    1. tengah stress ker?
      sabar2..
      dah terjah pun blog fida tu..hehe

  4. kawe klu stress..kawe msk dapur kawe masak..hehe
    biase klu duk kat keliling org ramai ni mmg msh stress

    1. tak tak per..serabut pala dan pikiran jekan..aik mu ni tak gemuk ke kalu ari stress asyik makan2 je..huhuh

      1. zizan tak risau gemuk pon..hehe

    2. zizan..kawe gitu jugak..kalo kawe stress kawe make banyak..hehe..

  5. salam..
    kalu suri suka mdiamkan diri sktika..jauhkan diri dri kelompok org ramai..g pantai ke..perbanyakkan solat sunat..moga2 hati akan puih semula. 🙂

    1. setuju dgn suri
      suka tgk sesuatu yang tenang,lapang dan menyegarkan.
      contohnya pantai,langit,tumbuhan hijau

    2. betul tu..kadang2 duduk bersendirian buat kita lebih tenang..hehe..
      selalu dekatkan diri kepada Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *