Aug
10
2010

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam pada tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya rasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang wajib untuk kita berpuasa. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”

Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”

 

Bulan Ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad s.a.w. Bulan Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih,  solat sunat witir dan solat-solat sunat yang lain pada malam harinya setelah melakukan ibadat puasa pada siang harinya. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim serta membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan mereka yang ditimpa kemalangan. Disamping kita dilarang dari membazir dalam setiap perbelanjaan seharian.

Hendaklah kita menggandakan amalan-amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan sebagainya. Hidupkan juga malam-malam Ramadhan  dengan mendirikan qiamullail terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.

Semoga perkongsian dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk menyambut bulan Ramadhan ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Responses to “Salam Ramadhan Buat Semua”

  1. Selamat berpuasa.. Semoga klita dapatkan rahmat dan hidayah yg melimpah dariNya.. :)

  2. etomyam says:

    selamat berpuasa, semoga diberkati :D
    etomyam recently posted..Rasional Dan Kajian Semula Saman Ekor

  3. zik says:

    bulan cari pahala yang sebanyak mungkin… :-)
    zik recently posted..Sms kreatif ramadhan

  4. zezebel says:

    Salam perkenalan.
    Selamat menyambut ramadhan.
    zezebel recently posted..Wordless Wednesday- What happen

  5. Ali ridha says:

    Selamat Berpuasa………..
    Ali ridha recently posted..Pendrive Background

  6. suri says:

    salam ramadhan sahabatku bro thoha..semoga kita akan laluinya dgn penuh kesabara

  7. Mr.Z says:

    salam ramadhan..
    semoga ibadah kita mendapat keberkatan dariNya..
    Mr.Z recently posted..Program Realiti Jika Rasulullah SAW Berada Di Hadapan Kita

  8. ishak says:

    selamat berpuasa dan singgah sahur bro

  9. mummynana says:

    salam ramadhan.. jgn membazir mknan ehehehhee
    mummynana recently posted..Menyusu di Bulan Ramadhan

  10. Nine says:

    Salam Ramadhan n selamat berpuasa gak bro, semoga bulan Ramadhan yg mulia nih kehidupan kita diberkati selalu, insyaAllah :)
    Nine recently posted..Response cached until Mon 16 @ 2:54 GMT (Refreshes in 55 Minutes)

  11. suri says:

    salam ramadhan..smoga kekuatan akan mengiringi kita d spjang bulan ramadhn..

Leave a Reply


CommentLuv badge