Sep
06
2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. Tidak lama lagi akan tibalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam diseluruh dunia. Ianya adalah hari perayaan utama bagi umat islam iaitu perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal  tahun Hijrah setiap tahun. Hari Raya Aidilfitri juga kadang-kadang dipanggil dengan nama Hari Raya Puasa dan juga Hari Lebaran.

Hari Raya Aidilfitri adalah disambut oleh semua umat islam diseluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun. Hari Raya Aidilfitri disambut kerana kejayaan kita umat islam setelah sebulan berpuasa menundukkan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut dengan penuh syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita.

Di negara kita Malaysia, Hari Raya Aidilfitri memang disambut dengan begitu meriah sekali setiap tahun. Anda boleh lihat sendiri di mana-mana tempat sudah merasai suasana Hari Raya Aidilfitri ni. Di pusat membeli belah meriah sekali dengan jualan Hari Raya yang murah-murah dan di hiasi dengan perhiasan yang cantik-cantik. Ianya sudah pasti menjadi tempat tumpuan orang ramai setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri ramai warga kota dan anak-anak muda yang berada diperantauan akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Maka jalan raya akan mula sesak dipenuhi dengan begitu banyak kenderaan yang sedang menuju ke destinasi masing-masing untuk pulang beraya. Kepada yang baru nak memulakan perjalanan balik kampung berhati-hati dijalan raya ya. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Antara amalan yang biasanya dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri adalah amalan berziarah dan kunjung mengunjung. Mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Mereka akan saling bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang telah lalu. Pada asasnya, Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk kita bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri memang meriah dengan pelbagai jenis juadah makanan hari raya. Antara juadah makanan yang paling popular pada setiap kali sambutan hari raya ada ketupat, lemang, rendang dan banyak lagi kuih raya yang lain. Senang cerita setiap kali kita berkunjung ke mana-mana rumah terbuka maka bila balik perut akan penuh dengan makanan. Kadang-kadang tak larat nak makan banyak-banyak ni.

Hanya setakat ini saja artikel ringkas dari saya sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Sekiranya anda ingin berkongsi perkara menarik lain berkenaan Hari Raya Aidilfitri boleh la tulis diruangan komen. Ataupun nak cerita pengalaman anda menyambut hari raya pun boleh gak. Jadi, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin andainya ada salah dan silap harap dimaafkan. Semoga Hari Raya kali ini memberikan 1001 kebahagiaan kepada kita semua. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Responses to “Selamat Hari Raya Aidilfitri”

  1. angel says:

    Selamat Hari Raya AidilFitri Mohon Maaf lahir & Batin ;)

  2. zik says:

    selamat hari raya bro…minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita…walaupun tak pernah bertemu…
    zik recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup

  3. Ali ridha says:

    makan bnyk yg aku xmau ni.perut mesti
    jadi berat.biase la tu.makan utk seminggu.hehehe…..

    Selamat Hari Raya………
    Ali ridha recently posted..Admercu bagi aku RM1 boleh tak

  4. pawaka19 says:

    pantun 4 kerat

    pagi2 abg thoha nak beraya,
    bawa awek beraya di rumah tuk kadi,
    amboi tok kadi hulur duit bukan main kaya,
    wahai thoha bile nak makan nasi beriyani.

    selamat hari raya

    New Entry “Kalaulah Raya Sekarang Macam Dahulu”

  5. etomyam says:

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin
    etomyam recently posted..Bagaimana Memanafaatkan Live blogging

  6. tasneem says:

    salam..hepi eid mubarak!!! ampun maaf kalo ada clap salah… hehe :P
    tasneem recently posted..SALAM AIDILFITRI -

  7. Mr.Z says:

    selamat hari raya, maaf zahir batin..
    kosong2 ye.. :)
    Mr.Z recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri

  8. zezebel says:

    Selamat Hari raya.
    Jangan lupa kirim kuih raya yer….
    zezebel recently posted..I need digg followers

  9. suri says:

    salam..

    rindunya pada masakan mak, rendang, ketupat hee..

    salam aidilfitri thoha.. smga lebaran yang bakal datang akan ceria hendaknya..

    maaf skiranya ada kata terlanjur kata spjng mjdi shbat bloger :)

    • Thoha Sukses says:

      salam aidilfitri jugak kak suri..maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sepanjang menjadi kawan blogger..hehe
      terima kasih juga kerana banyak menyokong saya..

  10. Haeruna says:

    saya sekeluarga mengucapkan minal ‘aidin wal fa’idzin bro Thoha
    Haeruna recently posted..Easy Cash- THR dari Facebook

  11. Nadri says:

    Selamat Hari Raya buat Saudara Thoha Sekeluarga…

  12. mummy nana says:

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
    mummy nana recently posted..Jadual Perjalanan PLUS Raya 2010

  13. Syazafatin says:

    Salam….
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin…
    Jaga diri elok2… =)

  14. Nine says:

    Salam Aidilfitri bro Thoha..maaf zahir dan batin yer dari saya kalo ada salah or terkasar bahasa ker selama nih…

    semoga raya nih ceria selalu yer :)

  15. suri says:

    selamat hari raya maaf zahir dan batin..

    tahun ni raya best tak heee..

  16. Team Terabiz says:

    Hye,
    Selamat Hari Raya From Team Terabiz

    This is my first time comment at this blog ;)
    Team Terabiz recently posted..5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menulis Blog

Leave a Reply


CommentLuv badge