Posted on 6 Comments

Mencapai Matlamat Hidup

Salam sejahtera.

Sedar tidak sedar begitu cepatnya masa berlalu. Ni pun baru nak sedar. Sebabnya mungkin saya sedikit sibuk dengan bermulanya semester 4 di universiti yang baru masuk awal tahun ini. Seseorang itu mampu untuk melakukan apa saja perkara yang mereka inginkan jika mereka mempunyai matlamat dan yakin mereka boleh untuk melakukannya.

Sebagai manusia kita telah dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Sebagai seorang manusia juga kita sudah tentu sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan tidak lupa juga di akhirat. Untuk menjadi orang yang berjaya anda perlulah mempunyai matlamat yang jelas yang akan dapat memberikan dorongan kepada anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya di masa hadapan.

Posted on 4 Comments

Mengenal Bangsa Yahudi Israel

Assalamualaikum.

Pada hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi krisis antarabangsa melalui tindakan biadab dan kejam tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Dan serangan tersebut telah mengorbankan beberapa orang sukarelawan dan mencederakan ramai lagi yang lainnya.

Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut mengenai berita ini kerana belum mendapat  tahu berita yang sepenuhnya cuma saya disini ingin mengajak sahabat-sahabat semua mengenali siapakan bangsa yahudi ini sebenarnya yang telah lama dibenci oleh bangsa lain didunia ni sejak dahulu lagi.