Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Assalamualaikum. Setiap dari insan yang bernama manusia sudah tentu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Namun begitu janganlah ia dijadikan sebagai alasan untuk kita terus melakukan dosa. Setiap orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera menginsafi akan dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertaubat kepada Allah. Dosa-dosa seorang manusia itu ada 4 peringkat yang boleh sama-sama kita ambil iktibar darinya.
Dosa Peringkat Pertama
Seseorang yang telah melakukan dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang telah melakukan dosa. Jika seseorang itu berterusan melakukan dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua pula.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...
Kategori Artikel:
Tazkirah. Penulis: Nik Thoha
Salam Sejahtera. Seorang yang bernama lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar kepada dirinya sendiri dan juga orang yang berada disekelilingnya. Begitulah juga banyaknya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki berbanding seorang wanita. Wanita juga mempunyai tanggungjawab yang berat dalam hidup mereka. Cuma dalam entri ini saya lebih menerangkan mengenai lelaki. Kalau ada masa akan buat entri mengenai wanita pulak.
Seorang lelaki bujang akan menanggung dosanya sendiri apabila dia sudah baligh manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya. Dosa seorang lelaki yang telah baligh tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi seperti semasa mereka masih belum baligh.
klik di sini untuk baca artikel sepenuhnya...