Posted on 58 Comments

Kuasa Fan Page Facebook

Salam sejahtera.

Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.

Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.

Posted on 36 Comments

Tanda-tanda Riak Dalam Diri Seseorang

Salam sejahtera semua.

Ikhlas adalah satu sifat yang sangat mulia. Untuk melahirkan rasa ikhlas dalam diri seseorang perlu dihilangkan perasaan riak dalam diri terlebih dahulu. Lawan kepada sifatĀ  ikhlas adalah riak. Riak ni adalah satu sifat sangat dibenci oleh semua orang. Ini kerana sifat riak ini juga adalah sifat yang suka bermuka-muka dengan orang lain. Ia biasanya berlaku apabila seseorang itu melakukan amal kebaikan.

Riak ni ada beberapa tanda-tanda yang perlu kita tahu. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga anda semua yang perlu kita kenali dan lihat dalam diri kita sama ada wujud atau tidak dalam diri kita. Kalau ada cepat-cepat buang dan kalau tidak ada tahniah saya ucapkan. Anda memang seorang yang ikhlas. Mari kita kenali beberapa tanda orang-orang yang riak ni.