Posted on 2 Comments

Kelebihan Al Quran Digital Read Pen

 

Assalamualaikum.

Dunia sains dan teknologi hari ini semakin berkembang dengan tercipta pelbagai jenis alat teknologi yang baru. Teknologi hari ini telah dapat membantu dan memudahkan kehidupan manusia. Pada zaman teknologi hari ini, kitab Al Quran juga telah dicipta dalam versi digital yang dapat membantu umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Walaupun kitab Al Quran ini dalam versi digital tetapi segala pengisian dan kandungan dalam kitab Al Quran masih sama dengan kitab-kitab Al Quran yang biasa kita gunakan seharian.