Posted on 16 Comments

Lima Jenis Racun Dan Penawarnya

Assalamualaikum. Hari jumaat adalah hari paling mulia di antara hari-hari yang lain. Bulan Ramadhan pula adalah bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan yang lain. Dan pada hari ini kita sedang berada pada hari jumaat dan pada bulan Ramadhan. Alangkah indahnya hari ini kan? Banyak keberkatan dan kemuliaan yang ada pada hari yang begitu mulia ini.

Artikel ini adalah sebagai tazkirah untuk hari jumaat yang begitu mulia ini. Dalam hidup kita ini ada 5 jenis racun yang boleh merosakkan kehidupan manusia di dunia dan juga hari akhirat. 5 jenis racun ini perlu di ubati dengan 5  jenis penawar juga. Sama-samalah kita mengubati 5 racun yang ada dalam diri kita yang bernama manusia.

Posted on 22 Comments

Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak limpahanan rahmat di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.

Posted on 12 Comments

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam pada tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya rasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang wajib untuk kita berpuasa. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.