Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi. Ramai yang tinggal diperantauan akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi anda yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, rancanglah perjalanan pulang dengan sebaiknya bagi menjaga keselamatan diri anda dan orang tersayang. Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama dengan keluarga tersayang.
Kita perlu mengelakkan kemalangan jalan raya dengan melihat punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh pemandu yang mengantuk dan tertidur semasa memandu. Apabila mengantuk mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Mengantuk semasa memandu tidak boleh dipandang remeh walaupun ianya memang sifat semulajadi manusia yang akan rasa mengantuk.