Aug
02
2010

Menarik Pelawat Datang Dari Facebook

Berdasarkan maklumat trafik yang diberikan oleh Alexa.com, ternyata facebook merupakan antara penyumbang utama pelawat ke blog Layar Sukses ini. Selain daripada itu, pelawat juga datang dari blog rakan-rakan blogger yang lain dan juga datang dari enjin carian seperti google.

Facebook memberi peluang kepada saya untuk menarik pembaca datang ke blog ini jika ia digunakan dengan sebaiknya. Di facebook ada banyak cara sebenarnya yang boleh digunakan untuk menarik pembaca datang ke blog atau laman web anda. Antara cara yang biasanya saya gunakan:

Jul
08
2010

Kuasa Fan Page Facebook

Salam sejahtera.

Memiliki fan page facebook mempunyai banyak kelebihannya. Pada hari ini saya telah melihat kuasa fan page facebook sangat luar biasa. Sebagai seorang blogger, fan page facebook boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengguna facebook dan menarik pelawat untuk datang ke blog anda. Bagi usahawan internet pula fan page facebook digunakan untuk memasarkan produk anda kepada pengguna facebook yang berminat dengan produk yang anda pasarkan di internet.

Fan page facebook ni juga boleh digunakan untuk mengumpulkan rakan-rakan facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan berkongsi-kongsi pendapat dengan mereka. Banyak yang anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan facebook yang lain.