l

Posts Tagged 'lulus Peperiksaan JURUAUDIT W41'

Semakan Peperiksaan JURUAUDIT W41

Khas untuk calon Peperiksaan Bertulis JURUAUDIT W41 pada 14 April 2012!

Salam sejahtera.

Baru-baru ini SPA sudah umumkan senarai beberapa calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Kemasukan sebagai Juruaudit W41 pada 14 April 2012 ini. Bagi anda yang ingin menyemak status anda, bolehlah membuat semakan segera.

Klik disini–> Semakan Jadual Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Tapi, setiap tahun ramai juga yang tidak lulus peperiksaan SPA. Ada yang kata soalannya agak susah, ini kerana skopnya sangat luas dan kadang-kadang tu ada juga soalan yang tidak dapat dijangka sama sekali. Memang exam bertulis ni la tempat pihak SPA nak singkirkan calon yang ramai.

Posted in: Panduan

Leave a Comment (1) →

Mencari Ketenangan Dengan Sifat bersyukur

Assalamualaikum.

Manusia dilahirkan dengan sempurna dan sebaik-baik kejadian oleh Allah swt. Namun dalam meniti kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan pelbagai dugaan sentiasa hadir yang menyebabkan sentiasa wujud perasaan tidak puas hati dalam diri seseorang. Sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki, mengeluh dan menyalahkan takdir. Tapi, adakah kita sedar bahawa Allah sedang menguji sifat syukur di dalam hati kita?

Jika kita fahami dan selami setiap nikmat hidup di dunia ini adalah hak milik Allah. Kegembiraan kita, kekayaan kita, kesihatan kita semuanya adalah milik Allah. Pada yang kaya, harta kekayaan kurniaan Allah ini bukanlah modal untuk digunakan dengan membuat kemungkaran atau bermegah-megah sesama manusia. Gunakanlah untuk mencari keredaan Allah di dunia yang fana ini.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →

Jadilah Rakan Yang Terbaik

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.

Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.

Posted in: Motivasi

Leave a Comment (0) →