Posted on 2 Comments

Kelebihan Orang Yang Berilmu

Salam sejahtera.

Saya ingin berkongsikan dengan anda semua tentang satu perkara yang menarik mengenai kelebihan orang-orang yang berilmu. Ilmu itu sangat penting bagi seseorang muslim dalam meneruskan kehidupan seharian supaya sentiasa berada pada landasan yang betul dan sentiasa berlandaskan syariat islam. Saya juga ingin menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan orang yang berilmu itu. Antara kelebihan orang-orang yang berilmu adalah;

1) Amalnya diterima oleh Allah SWT. Orang jahil yang beramal tidak diterima amalannya, kerana ilmu itu imam bagi amal dan amal mengikut ilmu.