Posted on 14 Comments

Pengorbanan Dalam Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.

Sudah lama juga saya tidak menulis dan berkongsi idea di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki semester baruĀ  di universiti tempat saya belajar ini. Nak kata sibuk tu boleh la sebab hidup seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan. Itu dah menjadi perkara biasa. Dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu perjuangan dalam hidup ini.

Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkanĀ  keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.